
ISTERI kepada vokalis kumpulan rock XPDC iaitu Ali, Sharifah Azuwanna Syed Joned, 53 meninggal dunia akibat kanser payudara pada Ahad.
Memetik laporan Harian Metro, Sharifah Azuwanna meninggal dunia pada 6.08 petang di Hospital Putrajaya dengan berita itu disahkan sendiri oleh Ali.
Ali yang ditempatkan di Hospital Cyberjaya nyata begitu sedih dengan pemergian isterinya yang banyak membantu keluarga sejak penyanyi itu jatuh sakit.
BACA LAGI: Ujian berat Ali XPDC, isteri, terlantar sakit di hospital menjelang Aidilfitri
BACA LAGI: Aidilfitri yang dinanti Ali XPDC tapi impian belum jadi kenyataan
Ali (kiri) bersama Sharifah Azuwanna (kanan).
Menurut rakan artis, Fuad Syahrin, jenazah Sharifah Azuwanna akan disolatkan di Masjid Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang selepas solat Isyak.
"Jenazah masih lagi di hospital. Selepas semua urusan di hospital selesai, jenazah isteri Ali akan disolatkan di masjid dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bandar Baru Salak Tinggi pada malam Ahad," jelas Fuad.
Laporan terdahulu menyebut, kedua-dua Ali dan Sharifah Azuwanna sedang diuji sakit dan terpaksa ditempatkan di dua hospital berbeza iaitu Hospital Putrajaya dan Hospital Cyberjaya.
Ali dilaporkan menerima rawatan paru-paru berair dan jantung lemah sejak 24 Mac lalu. Namun, dia sudah pun dibenarkan pulang dan perlu berehat di rumah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram