
MALANG tidak berbau, dinding sebuah rumah kedai di Kuching, Sarawak tiba-tiba runtuh pada kejadian yang berlaku sekitar 6.23 pagi pada Ahad.
Dalam sebuah rakaman yang tular, dinding sebuah rumah kedai di tingkat dua itu tiba-tiba saja runtuh tanpa disedari oleh sesiapa.
Mujur semasa kejadian di Jalan Padungan, Kuching itu tidak melibatkan sebarang mangsa. Oleh itu, tiada kecederaan dilaporkan.
BACA LAGI: [VIDEO] Polis buru 3 suspek lelaki ragut wanita dekat 2 lokasi berbeza di Segamat
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, siasatan mendapati struktur binaan pada dinding tersebut sudah sedia retak.
Disebabkan keretakan pada dinding itu, ia kemudiannya runtuh. Pihaknya turut memasang tali sawar pada kedai-kedai bersebelahan bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.
"Anggota membuat size up iaitu satu proses awal untuk mengenal pasti risiko dan bahaya insiden, dan mendapati dinding bangunan telah retak serta runtuh.
"Pusat Kawalan Operasi (PKO) membuat pengungsian bangunan di unit terlibat, dan unit kedai bersebelahan Tingkat 1 dan 2 serta memasang tali sawar-sawar."
Pihak bomba menerima panggilan sekitar 6.23 pagi dengan Komander Operasi PBK I Law Kim Hin bersama dua jentera dikerahkan ke tempat kejadian.
Operasi tersebut dilakukan dalam tempoh 30 minit dengan ia berakhir pada 6.50 pagi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram