
SUDAH menjadi lumrah buat mana-mana pemain bola sepak untuk menceburi dunia kejurulatihan selepas menamatkan tempoh beraksi kerana bidang tersebut adalah yang paling dekat dengan karier mereka di atas padang.
Namun, ada juga yang mengambil jalan berbeza kerana mahu mencuba nasib dalam landskap berbeza dengan bidang perniagaan merupakan salah satu pilihan utama digemari mereka.
Keputusan membuka perniagaan sendiri secara kecil-kecilan sememangnya berisiko memandangkan ia memerlukan modal besar, namun pengaruh serta populariti masing-masing boleh membawa perbezaan besar.
BACA LAGI: [VIDEO] Lee Tuck harumkan nama Malaysia, beraksi dalam Hyrox World Championship
BACA LAGI: Penyokong ajak Lee Tuck wakil Olimpik Malaysia, bakal pemain naturalisasi negara tumpang gembira
Lee Tuck memilih untuk menceburi bidang hartanah selepas pulang ke England dua tahun lalu.
Antara bekas pemain mengambil langkah sedemikian ialah bekas bintang Liga Super, Lee Tuck yang mengambil keputusan pulang ke England untuk menjadi ejen hartanah.
Dia yang sempat dinaturalisasikan sebagai pemain kebangsaan, memilih untuk menceburi dunia tersebut kerana ia memberi peluang menghabiskan masa dengan keluarga selain memberi lebih banyak masa buatnya kekal sihat.
Keputusan itu sememangnya agak mengejutkan memandangkan pemain tengah berkenaan masih boleh beraksi di tahap tertinggi buat beberapa tahun lagi dengan pasukan Liga Super masih berminat dengan khidmatnya.
Bagaimanapun, Lee Tuck bukanlah satu-satunya bekas bintang bola sepak tanah air yang berbuat demikian kerana legenda Johor Darul Ta'zim (JDT), Hariss Harun turut mengambil langkah sama.
Hal itu dikongsikan pemain kebangsaan Singapura sendiri menerusi akaun TikTok, harissharunrealestate yang memaparkan dirinya membuka perniagaan terbabit di samping isterinya.
Hariss Harun (tengah) menceburi bidang perniagaan meskipun masih aktif beraksi.
Harris difahamkan menceburi bidang tersebut pada penghujung September 2023 dengan seramai 3,974 pengguna aplikasi tersebut sudah mengikuti perkembangan bek Lion City Sailors itu.
Usaha dilakukan Hariss juga wajar disokong ramai kerana selain menawarkan hartanah kepada orang ramai, dia juga mendidik orang ramai berkenaan bidang tersebut yang juga menceritakan minatnya.
Keputusan untuk menceburkan diri dalam bidang tersebut turut membuahkan hasil kerana pada April tahun lalu, dia pernah diangkat ‘Gold Achiever’ selepas meraih komisyen lima angka.
Ini membuktikan Hariss mempunyai pelan cerah selepas menamatkan karier bola sepak dengan perniagaan hartanah mampu menjanjikan keuntungan besar buat mana-mana individu yang berminat.
Untuk rekod, pemain berusia 34 tahun itu mencatatkan 76 penampilan sepanjang enam musim beraksi buat skuad Harimau Selatan dengan enam gelaran Liga Super selain pernah menjulang Piala AFC 2015. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram