[VIDEO] Lee Tuck harumkan nama Malaysia, beraksi dalam Hyrox World Championship


  • Podium
  • Jumaat, 07 Jun 2024

Lee Tuck pernah mewakili Harimau Malaya sebanyak beberapa kali setelah menerima status naturalisasi pada 2022.

KECOH sebelum ini apabila pemain naturalisasi negara, Lee Tuck menyertai satu pertandingan kecergasan di United Kingdom tahun lalu, namun menggunakan kerakyatan asalnya sebagai penduduk England.

Situasi itu sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan sehingga orang ramai mendesak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melakukan siasatan di samping menarik semula kad pengenalannya.

Namun, baru-baru ini, bekas pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC itu sekali lagi menyertai Hyrox World Championship, tetapi kali ini ia menunjukkan Lee Tuck beraksi sebagai warga Malaysia.

BACA LAGI: Cinta Lee Tuck buat Terengganu bukan baharu, masih mekar mewangi selepas bertahun

BACA LAGI: Lee Tuck mahu pulang? Serasi taktikal Tomislav tapi mungkin posisi tak terjamin

Video itu dimuat naik Lee Tuck di laman Instagram pada Jumaat dengan dia kelihatan cukup teruja untuk membanggakan nama negara dalam pertandingan berkenaan.

Berdasarkan video berdurasi 10 saat berkenaan, peserta yang akan membawa nama negara ialah Christina Lew, Kai Han Gan, Sarah Iqbal dan Teresa John.

Hyrox World Championship merupakan kejohanan yang diadakan untuk menguji kecergasan individu dengan Lee Tuck merupakan salah seorang yang sudah menyertainya tahun lalu.

Dia yang kali terakhir beraksi secara profesional buat skuad Sang Kenari membuat kejutan apabila meninggalkan kelab berkenaan pada jendela perpindahan kedua musim 2023.

Meskipun terdapat ura-ura mengatakan dia akan kembali ke Liga Super bersama Terengganu FC, Lee Tuck kelihatan lebih selesa di negara kelahirannya.

Selain dapat meluangkan masa bersama keluarga, bekas tonggak Harimau Malaya itu juga berkesempatan menceburi bidang hartanah yang boleh dikatakan sebagai perkara diminatinya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram