
MENJADI kelaziman apabila berlakunya pertukaran jurulatih pada pertengahan musim. Lazimnya, ia berlaku ketika pasukan mengalami penurunan prestasi.
Penukaran jurulatih boleh menghasilkan impak yang pelbagai. Jika pengurusan merekrut jurulatih baharu yang tepat, hasilnya akan menjadi cemerlang, begitu juga sebaliknya.
Dalam Liga Super musim ini, beberapa jurulatih menghasilkan impak positif buat kelab mereka walaupun masuk pada pertengahan jalan.
BACA LAGI: Pengalaman mahal beraksi di Asia, Selangor elok sambar ex import Kedah, Terengganu dan Sabah
BACA LAGI: Wan Rohaimi tegur ketumpulan Rodrigo Dias, anggap setiap perlawanan aksi final
Penang meningkat bersama Wan Rohaimi
Penang FC antara salah satu kelab Liga Super yang menikmati peningkatan dari segi prestasi selepas melakukan pertukaran jurulatih.
Sebelum ini, mereka menggunakan khidmat Akmal Rizal Ahmad Rakhli. Namun, apabila prestasi Harimau Kumbang merudum, Penang mendapatkan Wan Rohaimi Wan Ismail.
Penang begitu progresif di bawah kendalian Wan Rohaimi.
Hasilnya, Penang berjaya mencatatkan keputusan positif dengan lima perlawanan terakhir sebelum Wan Rohaimi mengambil alih, mereka kalah empat kali dan seri sekali. Ia menghasilkan Points Per Game (PPG) sebanyak 0.20.
Rentak itu berubah kepada dua kemenangan, dua seri dan satu kekalahan ketika Wan Rohaimi mengambil alih. Ia menghasilkan PPG sebanyak 1.60. Satu peningkatan signifikan dilakukan oleh pengendali tersebut.
Kino pastikan Selangor bertambah stabil
Selangor FC dilihat berada pada keadaan yang stabil pada awal musim walaupun semasa Nidzam Jamil menjadi pengendali.
Akan tetapi, selepas pemergian Nidzam, Selangor bertambah baik dari segi keputusan perlawanan yang dicatatkan oleh jurulatih daripada Jepun iaitu Katsuhito Kinoshi.
Kinoshi (kiri) membawa kestabilan buat Selangor.
Kehadiran Kinoshi menghasilkan peningkatan dari segi PPG Selangor berbanding era Nidzam dengan ia menaik daripada 2.00 (tiga menang, satu seri, satu kalah) kepada 2.60 (empat menang, satu seri).
Kestabilan dibawa oleh Kinoshi berjaya membolehkan Selangor terus stabil di tempat kedua Liga Super sekali gus mengesahkan tempat ke kejohanan Asia musim depan.
Tiada beza antara Tomi dan Badrul
Di saat Penang dan Selangor menikmati peningkatan dari segi prestasi bersama jurulatih baharu, cerita berlainan bagi kelab Pantai Timur iaitu Terengganu FC.
Walaupun berlaku pertukaran jurulatih daripada Tomislav Steinbruckner kepada Badrul Afzan, Terengganu tidak mencatatkan sebarang peningkatan dari segi prestasi.
Badrul perlu tingatkan lagi prestasi Terengganu.
Rekod lima perlawanan terakhir Steinbruckner bersama Terengganu mencatatkan PPG sebanyak 1.60 (dua menang, dua seri, satu kalah). Ia saling tak tumpah dengan PPG Badrul dengan nilai sama serta rekod serupa.
Ia memberi isyarat yang Badrul perlu meningkatkan persembahan Terengganu menjelang baki tiga aksi terakhir mereka dalam liga. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram