[VIDEO] Mulut terkumat-kamit, penyokong JDT tak tolak kemungkinan Buriram United guna khidmat bomoh Siam


  • Podium
  • Selasa, 11 Mac 2025

Pemilik Buriram United, Newin Chidchob. — Agensi

MAJORITI peminat Johor Darul Ta'zim dilihat sukar menerima hakikat pahit perjalanan kelab kesayangan mereka dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite terhenti selepas tewas tipis 0-1 kepada Buriram United dalam aksi timbal balik pusingan 16 pasukan pada Selasa.

Perlawanan yang diadakan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor itu, jaringan tunggal bintang pelawat, Suphanat Mueanta sudah cukup untuk memisahkan kedua-dua pasukan.

Di media sosial, rancak peminat Harimau Selatan seolah-olah bergurau menuduh pasukan lawan menggunakan khidmat bomoh Siam terutamanya apabila video pemilik Buriram United, Newin Chidchob dilihat seolah-olah terkumat-kamit membaca mantera sebelum perlawanan kini tular.

BACA LAGI: 'JDT-Selangor bersaudara', menang di SSI buka peluang bantu Gergasi Merah main di pentas ACLE

BACA LAGI: JDT tersembam di kandang sendiri, reff 'rampas' gol Bergson-Obregon

Menerusi video berdurasi satu minit 28 saat berkenaan, Chidchob dilihat berjalan-jalan mengelilingi SSI sambil mulutnya seolah-olah membaca mantera sebelum sepak mula pada pukul 8 malam tadi.

Sebelum sepak mula juga,Chidchob turut optimis pasukannya mempunyai resipi untuk menjinakkan skuad kendalian Hector Bidoglio susulan sudah dua kali berdepan JDT sebelum ini.

"Hari ini, tidak akan berakhir seperti dua aksi terdahulu dan akan ada pemenang yang akan mara. Kami datang ke sini dengan misi membunuh Harimau di sarang Harimau.

“Jika anda tidak berjaya, anda tidak akan menang dan itu bermakna kita perlu menamatkan perjalanan kita dalam kempen ACLE 2024/25 di sini. betulSaya tahu ia sukar tetapi saya perlu melakukannya, ia juga berisiko tetapi perlu berjuang dan bertarung sekuat tenaga.

"JDT adalah harimau yang menjaga gua. Dengan bahaya di sekeliling dan didorong sorakan penyokong yang membuatkan mereka sentiasa garang apabila berada dalam gua. Bersedia untuk menghancurkan setiap pelawat dalam setiap pasukan.

"Tetapi hari ini, pasukan pelawat adalah Buriram United, yang telah berdepan dengan Harimau ini dua kali sebelum ini. Kami tahu cara untuk menundukkan Harimau ini dan kami tahu menjinakkan Harimau yang garang ini ini supaya menjadi Harimau yang jinak.

"Perlawanan hari ini (Selasa) akan menjadi aksi terbaik dalam bola sepak di Asean, dan pasukan lebih baik akan melangkah ke peringkat seterusnya." katanya di laman Facebook kelab itu.

Antara momen perlawanan antara JDT menentang Buriram pada Selasa. — Facebook/JDT

Harimau Selatan bernasib malam apabila gol yang dicipta penyerang JDT, Bergson da Silva selepas menyambar bola tampanan penjaga gol, Neil Etheridge dibatalkan kerana berada di kedudukan ofsaid.

Selepas itu, pemain gantian, Jorge Obregon yang menjaring gol di minit terakhir sebelum penjaga garisan mengesahkan kedudukan penyerang Colombia itu ofsaid. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram