Wan Rohaimi tegur ketumpulan Rodrigo Dias, anggap setiap perlawanan aksi final


  • Podium
  • Khamis, 06 Feb 2025

Penang FC akan bertemu Kelantan Darul Naim dalam saingan Liga Super pada Jumaat dan pastinya mahu mencuri tiga mata penuh di laman lawan. — Facebook/Penangfc

PERJUANGAN Penang FC untuk mara ke final Piala Cabaran 2024 ternoktah selepas tewas 0-2 secara agregat di tangan Selangor FC dalam perlawanan separuh akhir kedua pada Ahad minggu lalu.

Beraksi hadapan penyokong Gergasi Merah di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor, anak-anak buah Wan Rohaimi Wan Ismail dilihat berdepan dengan tekanan untuk mencuri tiket ke pentas akhir kejohanan itu.

Jaringan Alvin Fortes minit ke-66 menoktahkan kemaraan anak buah Wan Rohaimi dengan kekalahan 0-1 selepas tewas jaringan sama dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 19 Januari lalu hasil jaringan sendiri kapten Penang, Rafael Vitor.

BACA LAGI: [VIDEO] Sakit hati Piala Malaysia belum berakhir, fans Sabah bongkar 2 insiden kontroversi aksi bertemu Tok Gajah

BACA LAGI: Liverpool raih untung VAR silap 13 kali musim 24/25, Man United 'terpaling' mangsa

WhatsApp Image 2025-02-06 at 12.24.06

Penang FC gagal mara ke final Piala Cabaran selepas tewas kepada Selangor FC. — Facebook/Penangfc

Walaupun kecewa dengan keputusan itu, Wan Rohaimi tetap berpuas hati dengan komitmen dan kesungguhan pemain pasukannya sepanjang perlawanan.

Begitu pun, menjelang saingan Liga Super bertemu Kelantan Darul Naim pada Jumaat, Wan Rohaimi menggesa agar penyerangnya, Rodrigo Dias untuk meningkatkan prestasi bagi memperbaiki kedudukan Penang yang kini berada di tangga ke-11 dengan 16 mata daripada 18 perlawanan.

"Dias tidak berada di tahap yang biasa, tetapi inilah yang kami ada buat masa ini. Saya berharap dia dapat memperbaiki prestasi individu untuk membantu pasukan beraksi lebih baik dalam Liga Super,” kata Wan Rohaimi.

Wan Rohaimi turut menekankan bahawa setiap perlawanan adalah seperti final dan berharap pasukan dapat mengambil kesempatan daripada situasi Kelantan yang baru sahaja tewas dengan kekalahan besar kepada Perak FC.

Di samping itu, Wan Rohaimi turut mengakui bahawa pasukannya yang terdiri daripada pemain muda masih dalam proses mencapai kematangan dalam permainan dan perlu memberi ruang kepada mereka untuk belajar. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram