[VIDEO] Tolak tepi rasa gembira, aksi Dion Cools pujuk Arif Aiman sentuh hati fans Malaysia


  • Podium
  • Rabu, 12 Mac 2025

Cools meraikan kemenangan Buriram United bersama bendera Malaysia. — Buriram United

TINDAKAN murni kapten skuad kebangsaan, Dion Cools memujuk bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menyentuh hati penyokong Harimau Malaya ketika tamat perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Aksi berlangsung cukup sengit sepanjang tempoh 90 minit sebelum JDT terpaksa akur tumbang di laman sendiri hasil jaringan bintang muda Buriram United, Suphanat Muenta.

Kekecewaan jelas terpancar di wajah pemain, jurulatih serta penyokong JDT kerana Harimau Selatan hanya selangkah untuk melakar sejarah baharu kelab mara ke suku akhir ACLE.

BACA LAGI: [VIDEO] Masih berteka-teki, 3 bintang Indonesia termasuk Saddil Ramdani pernah dikaitkan bersama Gergasi Merah

BACA LAGI: Kami tahu bunuh harimau di kandang sendiri — Pemilik Buriram United

Menerusi satu rakaman tular di Tiktok, kelihatan kelibat Arif Aiman yang terduduk kecewa di atas padang apabila akur tersingkir perjalanan JDT di pentas Asia berakhir di pusingan 16 terbaik.

Tidak lama kemudian, Cools yang juga dilihat mendekati Arif Aiman sambil memujuk dan menepuk bahu pemain berusia 23 tahun itu untuk bangun bersama.

Tinjauan di ruangan komen menyaksikan warga maya memuji semangat kesukanan Cools yang tetap memberi sokongan buat rakan sepasukan di kem kebangsaan itu.

Walaupun tiada kelab dari Malaysia yang mara ke suku akhir ACLE kali ini, setidaknya Cools akan menjadi pemain tunggal negara yang akan beraksi di Arab Saudi itu nanti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram