
BEKAS pemain Sri Pahang FC, Muhammad Gopi Rizqi, mencuri tumpuan penyokong tanah air selepas mengalihkan fokusnya kepada perniagaan menjual air balang sempena bulan Ramadan di Bazar Pontian, Johor.
Perkongsian di laman rasmi Facebook, Harimau Malaya menunjukkan Gopi Rizqi kini aktif berniaga, mencari rezeki melalui perniagaan kecil-kecilan di bazar tersebut.
Dalam hantaran itu juga, air balang jagung merupakan antara jualan Gopi Rizqi di bazar berkenaan.
BACA LAGI: 'Yang bergaji wajib beli', kiper KDN cari duit belanja jual kuih raya sepanjang Ramadan
BACA LAGI: [VIDEO] JDT belum puas, sambar bekas penyerang AC Milan
Niat murni Gopi untuk berniaga di bazar juga menunjukkan bahawa dia tidak hanya bergantung pada popularitinya sebagai pemain bola sepak, tetapi berusaha untuk mendapatkan wang tambahan sempena bulan puasa.
Untuk info, pemain berusia 35 tahun berkenaan merupakan antara pemain sayap terbaik kelahiran Pahang dalam sejarah sehingga diburu beberapa kelab besar termasuklah Johor Darul Ta'zim (JDT).
Gopi Rizqi merupakan aset penting di sebelah kiri Pahang dari 2010 sehingga musim 2015, dan berpindah ke Selangor setahun kemudian, disusuli Selangor (2016), JDT (2017), Melaka United (2018) serta PDRM FC pada 2019.
Sementara itu, sebelum ini, penjaga gol Kelantan Darul Naim FC, Khatul Anuar Md Jalil turut dilihat menjalankan perniagaan kuih raya sebagai usaha untuk mendapatkan wang tambahan sempena Ramadan dan Syawal.
Khatul memasarkan kuih raya jenis Crunchy Cornflakes Cookies dengan harga RM28 untuk satu balang dan RM55 untuk dua balang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram