'Yang bergaji wajib beli', kiper KDN cari duit belanja jual kuih raya sepanjang Ramadan


  • Podium
  • Khamis, 27 Feb 2025

Penjaga gol KDN FC, Khatul Anuar menjual kuih raya menjelang Ramadan dan Syawal sebagai usaha mendapatkan wang perbelanjaan.

PENJAGA gol Kelantan Darul Naim FC, Khatul Anua Md Jalil memanfaatkan peluang menjelang Ramadan dan Syawal dengan menjual kuih raya sebagai usaha untuk mendapatkan wang tambahan.

Menerusi hantaran di laman Instastory miliknya, Khatul mengatakan dia kini menjual kuih raya jenis Crunchy Cornflakes Cookies pada harga RM28 untuk satu balang dan RM55 untuk dua balang.

Khatul turut memberitahu bahawa dia sudah membuka tempahan bagi sesiapa yang berminat untuk membeli kuih raya tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] JDT belum puas, sambar bekas penyerang AC Milan

BACA LAGI: [VIDEO] Di sebalik kejuaraan kali ke-11, ada 3 kelab layak digelar 'paling degil' bertemu JDT di SSI

Tangkap layar Instastory milik Khatul Anuar. 

Menurut hantaran tersebut, setiap balang mengandungi 25 ketul kuih tersebut.

Selain berkongsi tentang jualannya, Khatul turut meninggalkan pesanan kepada pengikutnya.

"Siapa yang bergaji, wajib beli!," ujarnya.

Pesanan itu jelas mencetuskan kelucuan dalam kalangan peminatnya sambil menggalakkan mereka untuk membeli kuih raya daripada penjaga gol tersebut.

Itu adalah salah satu inisiatif kreatif Khatul untuk menambah pendapatan di luar padang, menjelang musim perayaan yang bakal tiba. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram