
SELANGOR FC terus berdepan nasib malang dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) apabila sering dihantui keputusan penalti yang merugikan mereka.
Dalam perlawanan musim ini, Gergasi Merah terpaksa menerima kenyataan bahawa penalti sering menjadi faktor utama kekalahan mereka, menambah beban yang sudah dihadapi dalam musim ini.
Walaupun berusaha keras, skuad kendalian Katsuhito Kinoshi gagal mengekalkan fokus apabila mereka sering dihukum dengan keputusan penalti.
BACA LAGI: 'Cabaran di tangan Hector Bidoglio serlahkan potensi Castillejo'
BACA LAGI: [VIDEO] JDT belum puas, sambar bekas penyerang AC Milan
Dalam perlawanan bertemu Sabah FC pada Khamis, Selangor sekali lagi diuji dengan keputusan pengadil apabila pemain mereka dikesan mengasari Saddil Ramdani dalam kawasan penalti.
Namun, nasib menyebelahi Gergasi Merah itu apabila tendangan lemah Darren Lok berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Kalamullah Al Hafiz.
Perlawanan yang melibatkan Selangor sering menjadi hangat, terutama apabila sepakan penalti menghantui pasukan Lembah Klang itu.
Berdasarkan pemerhatian Majoriti, terdapat tiga perlawanan penting yang pasti akan diingati penyokong Selangor, melibatkan keputusan kontroversi pengadil dan sepakan penalti.
1. Selangor II vs NSFC II
Selangor FC II meraih kemenangan 2-1 ke atas Negeri Sembilan FC II dalam saingan Piala MFL 2024 pada 13 Februari, namun kemenangan tersebut dihantui kontroversi akibat dua sepakan penalti pada penghujung perlawanan.
Pemain Selangor II, Izrin Ibrahim membuka jaringan pada minit ke-54, sebelum Negeri Sembilan menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti oleh Hariz Kamaruddin selepas bola terkena tangan Afiq Danish Hasniruddin.
Kemenangan Selangor FC dihantui kontroversi akibat dua sepakan penalti pada penghujung perlawanan.
Selangor berjaya memperoleh dua peluang penalti, yang pertama diselamatkan oleh Haziq, namun peluang kedua dimanfaatkan oleh Haykal Danish Mohd Haizon pada minit akhir permainan, memastikan kemenangan 2-1 untuk Gergasi Merah.
Kontroversi terus tercetus apabila pengadil, Fitri Maskon, menambah 15 minit masa tambahan yang dianggap keterlaluan sekali gus mengubah perlawanan yang sepatutnya berakhir seri.
Walaupun kemenangan itu menyebelahi Selangor, keputusan tersebut mendapat kecaman dan akhirnya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan untuk memecat Fitri.
2. Selangor FC vs Sri Pahang FC
Selangor FC terpaksa menerima kenyataan pahit apabila tersingkir dari saingan Piala Malaysia 2024 selepas tewas 3-2 secara agregat kepada Sri Pahang FC dalam aksi pusingan 16.
Skuad Pantai Timur yang terikat 1-1 dengan Selangor di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh pada 23 November lalu, berjaya meraih kemenangan 2-1 di Stadium MBPJ, Selangor untuk melangkah ke suku akhir.
Dalam perlawanan itu, Sri Pahang dihadiahkan sepakan penalti selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) mendapati Mykola Ahapov dijatuhkan oleh Harith Haiqal Adam Afkar, yang disempurnakan Manuel Hildago pada minit ke-25.
Sri Pahang mengesahkan tempat ke suku akhir selepas menyingkirkan Selangor FC dengan agregat 3-2.
Selangor bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-76 menerusi tandukan kapten, Muhammad Safuwan Baharudin.
Namun, Sri Pahang kembali dihadiahkan penalti pada minit ke-82 selepas Ahapov ditarik oleh Quentin Cheng. Sergio Aguero menyempurnakan sepakan tersebut, memastikan kemenangan untuk Sri Pahang.
Kekalahan itu menyaksikan pengendali baharu Selangor, Katsuhito gagal meraih kemenangan selepas dua perlawanan mengemudi Gergasi Merah.
Sri Pahang akan bertemu juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim dalam perlawanan akhir Piala Malaysia yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 12 April nanti.
3. Selangor FC vs Penang FC
Selangor FC terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 menentang Penang FC dalam saingan Liga Super pada 25 Januari lalu di Stadium Bandaraya, Georgetown, Pulau Pinang.
Selangor membuka jaringan seawal minit ke-10 menerusi rembatan Ronnie Fernandez dari luar kotak penalti, namun Penang hampir menyamakan kedudukan sebelum rehat apabila Dylan Wenzel-Halls gagal melepasi Kalamullah Al-Hafiz.
Dalam aksi itu turut menyaksikan hujan lebat yang menyebabkan padang becak dan permainan menjadi perlahan.
Selangor terpaksa akur apabila terikat dengan Penang dengan keputusan 1-1.
Pada minit-minit akhir, drama tercetus apabila Fazly Mazlan dihukum kerana menggunakan tangan ketika mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya.
Selepas semakan VAR, Penang diberikan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Rafael Vitor untuk mengikat kedudukan.
Keputusan seri itu mencetuskan kemarahan penyokong Selangor yang tidak setuju dengan keputusan pengadil. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram