
SUATU ketika dahulu penyokong Malaysia boleh berbangga apabila pemain sayap Harimau Malaya, Muhammad Safawi Rasid akhirnya meneruskan kariernya di Eropah selepas cemerlang bersama skuad kebangsaan dan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada musim 2019/20.
Portimonense SC menjadi pilihan Safawi selepas kelab dari Portugal itu terpikat dengan aksi pemain berusia 28 tahun tersebut untuk menggantikan Bruno Tabata yang berhijrah ke Sporting Lisbon CP pada 2020.
Namun semuanya tampak tidak menjadi apabila Safawi gagal memecahkan kesebelasan utama skuad senior dan hanya diberikan peluang sekali beraksi bersama skuad muda.
BACA LAGI: Bukan trofi ‘cikai’, 4 ‘big name’ pernah julang Piala Cabaran sebelum Selangor
BACA LAGI: Bersama JDT, duo bintang Selangor pernah julang Piala Cabaran sebelum sertai Gergasi Merah
Terus diperam dalam skuad, akhirnya JDT memanggil semula Safawi untuk kembali ke bumi Darul Takzim sebelum dipinjamkan keluar ke Ratchaburi FC selepas gagal menemui prestasi asalnya disamping perlu bersaing dengan Arif Aiman Hanapi.
Namun begitu, tidak pelik jika Safawi tidak mendapat tempat kerana bekas rakan sepasukannya di Portimonense SC kini sedang beraksi bersama kelab gergasi Eropah.
Majoriti senaraikan tiga rakan sepasukan Safawi di Portimonense SC yang kini sudah bersama kelab besar Eropah:
1. Samuel Portugal
Penjaga gol FC Porto, Samuel Portugal merupakan rakan sepasukan Safawi ketika mereka bersama-sama mewakili Portimonense SC.
Bersama Portimonense SC, Samuel telah tampil dalam 65 perlawanan dan hanya dibolosi sebanyak 76 gol sepanjang kariernya di sana.
Selepas cemerlang bersama Portimonense SC, Samuel berjaya menarik minat gergasi Portugal, FC Porto untuk bersaing dengan tiga penjaga gol lain.
Kini Samuel hanya memanaskan bangku simpanan dan belum mencatatkan sebarang penampilan rasmi bersama skuad utama meskipun menyertai FC Porto sejak 2022.
2. Willyan Rocha
Bekas rakan sepasukan Safawi, Willyan Rocha kini menjadi tonggak utama kelab Rusia, CSKA Moscow selepas cemerlang bersama Portimonense SC.
Rocha yang merupakan graduan Akademi Flamengo menarik minat CSKA Moscow untuk membawanya ke Rusia pada 2022.
Bek tengah kelahiran Brazil itu telah tampil dalam 87 perlawanan dan menjaringkan enam gol serta tujuh assist bersama CSKA Moscow.
Untuk rekod, CSKA Moscow merupakan kelab gergasi Eropah sebelum Rusia dilarang untuk bertanding dalam mana-mana kejohanan UEFA selepas negara itu terlibat dengan konflik serantau.
3. Beto Bercique
Penyokong Manchester United pastinya mengenali bekas rakan sepasukan Safawi, Beto Bercique yang nyaris-nyaris membuatkan pasukan kendalian Ruben Amorim kehilangan tiga mata dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) baru-baru ini.
Pemain berusia 27 tahun itu dibawa masuk oleh Everton dari kelab Itali, Udinese Calcio selepas tampil cemerlang di Serie A sekali gus untuk memperkuatkan barisan serangan The Toffees.
Jadi tidak hairan kenapa Safawi sukar mendapat tempat dalam Portimonense SC kerana kualiti dimiliki kelab Portugal ketika itu setaraf kelab-kelab Inggeris.
Musim ini bersama Everton, Beto telah menjaringkan enam gol dalam 18 penampilannya di saingan EPL. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram