
PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola, dilihat bergelak ketawa bersama bintang Liverpool, Mohamed Salah, di terowong selepas kemenangan 2-0 The Reds ke atas Citizens.
Salah sekali lagi menjadi duri dalam daging City apabila pemain Mesir itu membuka jaringan untuk pasukan Arne Slot dalam kemenangan 2-0 ke atas juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu.
Selepas perlawanan, Salah dilihat berbual dengan Guardiola ketika kedua-duanya berkongsi perbualan di terowong.
BACA LAGI: Ikut jejak Akhyar Rashid, khabarnya Haziq Nadzli tinggalkan JDT lebih awal
BACA LAGI: [VIDEO] Media Belanda cadang Ferdy Druijf sertai FC Groningen
Salah mungkin akan meninggalkan Liverpool pada akhir musim ini kerana kontraknya hampir tamat.
Jadi, adakah Guardiola cuba memujuknya untuk berpindah ke Stadium Etihad dalam perpindahan yang mengejutkan? Mungkin tidak.
Mengikut data BBC Match of the Day, pemain sayap itu mempunyai rekod jaringan terbanyak (9) dan bantuan gol terbanyak (6) menentang pasukan yang dikendalikan oleh Guardiola.
Jadi, tidak hairanlah jika pengurus dari Catalonia itu mahu dia berada di pihaknya.
Mohamed Salah and Pep Guardiola chatting after the gamepic.twitter.com/cGNOgUMnq7
— Salah Updates (@SalahUpdates) February 24, 2025
Liverpool kini selesa di kedudukan teratas dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Salah berharap musim yang mungkin menjadi terakhir baginya bersama kelab itu akan menghadiahkan satu lagi gelaran serta mungkin mahkota Liga Juara-Juara Eropah. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram