Lepas 6 tahun kemarau piala, Jese Rodriguez akhirnya rangkul trofi pertama di Asia bersama JDT


  • Podium
  • Selasa, 25 Feb 2025

Jese meraikan jaringannya bersama JDT ketika menewaskan Perak dengan keputusan 2-0 pada Isnin. — JDT

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) sah dinobatkan sebagai juara Liga Super 2024/25 selepas mudah menewaskan Perak FC dengan keputusan 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Johor pada Isnin (24 Februari).

Dua gol Harimau Selatan yang dijaringkan oleh Jese Rodriguez serta Jorge Obregon menghadiahkan trofi ketiga buat JDT musim ini selepas Piala Sumbangsih dan Piala FA.

Kemenangan itu meneruskan dominasi JDT dalam kancah bola sepak tempatan apabila merangkul 11 gelaran Liga Super secara berturut-turut.

BACA LAGI: [VIDEO] Bergelak ketawa lepas kalah, Pep Guardiola ada 'plan' sambar Mo Salah dari Liverpool?

BACA LAGI: Bukan trofi ‘cikai’, 4 ‘big name’ pernah julang Piala Cabaran sebelum Selangor

Namun apa yang lebih menarik, Jese yang terlibat dalam gol JDT itu berjaya meraih gelaran pertama selepas enam tahun tidak menang sebarang trofi.

Kali terakhir Jese meraih gelaran ialah ketika bersama Paris Saint-Germain (PSG) iaitu French Champion sebelum dia ditendang keluar secara pinjaman ke Portugal pada 2019.

Selepas daripada itu, Jese mengalami penurunan prestasi sehingga menyaksikan dia dipinjamkan kepada empat buah kelab sehingga kontraknya tamat di PSG pada 2020.

Perpindahan ke JDT daripada kelab Brazil, Coritiba FC mengejutkan seluruh dunia apabila kemasukannya mendapat liputan meluas sehingga menarik minat wartawan terkenal, Fabrizio Romano.

Selepas empat bulan di Malaysia, Jese berjaya meraih gelaran pertama di Asia dengan Liga Super menjadi koleksi trofi pertamanya di Asia.

Bersama JDT setakat ini, Jese telah menjaringkan tiga gol dan satu 'assist' dalam lapan penampilan di semua kejohanan domestik mahupun Asia.

Selain Jese, Park Jun-heong, Eddy Israfilov dan Jorge Obregon juga mendapat kejuaraan sulung selepas sekian lama tidak meraih sebarang trofi dalam karier mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram