
TONY Cascarino jelaskan sebab Manchester United harus berusaha sehabis baik untuk mendapatkan kapten Crystal Palace, Marc Guehi.
Walaupun telah memperkuat barisan pertahanan mereka dengan membelanjakan wang untuk Matthijs de Ligt dan Leny Yoro musim panas lalu, The Red Devils mungkin perlu merekrut pemain pertahanan baharu pada musim panas akan datang.
Ini kerana Johny Evans dan Victor Lindelof dijangka meninggalkan kelab selepas kontrak mereka tamat, manakala Lisandro Martinez baru sahaja mengalami kecederaan ACL yang boleh menyebabkan dia terlepas separuh pertama musim depan.
BACA LAGI: Terengganu FC ‘upgrade’ fasiliti padang latihan, benarkan pemain berlatih waktu malam
BACA LAGI: Seri atau kalah, Selangor tetap pilihan naib juara Liga Super — Irfan Bakti
Selain itu, jika Ruben Amorim kekal sebagai pengurus, kelab perlu menambah jumlah bek tengah sesuai dengan sistem taktikal yang memerlukan tiga pertahanan tengah.
Oleh itu, Cascarino mengemukakan hujah buat Guehi yang sebelum itu sudah dikaitkan dengan United.
Bekas penyerang Chelsea, Aston Villa, dan Celtic itu berpendapat bahawa pemain berusia 24 tahun tersebut adalah pilihan ideal bagi sebuah kelab yang kekurangan sifat kepimpinan.
Bekas pemain berusia 62 tahun itu turut membandingkan bintang antarabangsa England itu dengan bekas kapten legenda Man United, Roy Keane.
"Dia seorang pemain yang sangat tenang dan itulah yang anda mahukan daripada seorang pertahanan tengah, terutamanya kapten anda.
"Sebagai pemimpin, dia bukan jenis yang suka menjerit. Dia tidak menginspirasi rakan sepasukan melalui kata-kata atau aksi dramatik di atas padang, tetapi melalui cara dia bermain memimpin dengan contoh dan menetapkan standard untuk orang lain ikuti.
"Guehi sedikit mengingatkan saya kepada Roy Keane dalam aspek itu. Keane dikenali sebagai watak yang berapi-api, tetapi dia adalah pemain paling penting untuk Manchester United kerana dia adalah pemain paling konsisten mereka. Dia sentiasa menetapkan standard untuk cara mereka bermain dan Guehi melakukan perkara yang sama untuk Palace," hujah Cascarino dalam kolumnya untuk The Times.
Cascarino menambah bahawa kebolehan Guehi untuk bermain dalam sistem pertahanan tiga pemain menjadikannya calon sempurna untuk memperkukuhkan skuad Amorim.
"Memandangkan Guehi sangat sesuai bermain dalam formasi tiga pertahanan sesuatu yang jarang digunakan oleh pengurus elit kelab seterusnya yang dipilihnya akan menjadi sangat penting untuk kerjayanya.
"Bukan bermaksud dia tidak boleh bermain dalam formasi empat pertahanan, tetapi perlindungan yang diberikan oleh sistem tiga pemain lebih sesuai dengan kekuatannya dan memberinya lebih keselamatan.
"Jika ManUnited dan INEOS benar-benar serius tentang arah tuju mereka di bawah Ruben Amorim, Guehi adalah seseorang yang patut mereka pertimbangkan. Masalah kecederaan Lisandro Martinez dan Luke Shaw sering membuatkan mereka kekurangan pertahanan tengah berkaki kiri yang semula jadi, dan Guehi telah membuktikan bahawa dia mampu memenuhi tuntutan posisi itu di Liga Perdana Inggeris," jelasnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram