Belum 'move on' dari Argentina, Jalil Elias disebut kembali ke kelab lama


  • Podium
  • Selasa, 25 Feb 2025

Jalil Elias gagal menyesuaikan diri dalam arena bola sepak tanah air sebelum memilih untuk kembali ke Argentina. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

KEMASUKAN nama-nama baharu dalam beberapa posisi sejak kira-kira dua bulan lalu memberi isyarat bahawa Johor Darul Ta'zim (JDT) sudah mempersiapkan diri untuk bersaing dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite.

Antara pemain disambar skuad Harimau Selatan ialah tiga pemain tengah, Roque Mesa, Anselmo Moraes serta Jonathan Viera yang menguatkan lagi posisi tersebut memasuki baki kempen 2024/25.

Jadi, ini sekali gus membuktikan pasukan bimbingan Hector Bidoglio itu tidak perlu lagi membawa masuk nama-nama baharu pada jendela perpindahan akhir musim sekiranya mereka yang dinyatakan di atas terus dikekalkan.

BACA LAGI: Tak dialu-alukan, fans kelab Argentina lebih berminat tonggak lama kembali berbanding Jalil Elias

BACA LAGI: Mungkin dapat percuma, Jalil Elias ikut jejak Chico Geraldes tak balik JDT

Roque Mesa dibawa masuk ke dalam skuad Harimau Selatan untuk mengukuhkan lagi posisi tengah. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

Bagaimanapun, di sebalik lambakan pilihan di posisi tengah itu, masih terdapat sebilangan yang tidak meraih minit permainan kerap dengan terdapat kemungkinan kontraknya tidak diteruskan.

Ini termasuk pemain kebangsaan Syria, Jalil Elias yang hanya merekodkan satu penampilan Liga Super sebelum dipinjamkan ke kelab Argentina, Velez Sarsfield.

Perpindahan itu dibuat kerana pemain berusia 28 tahun tersebut gagal menyesuaikan diri dalam arena bola sepak tanah air, sekali gus mendesaknya untuk kembali ke negara Amerika Selatan terbabit.

Namun, hasratnya untuk terus kekal di sana difahamkan tidak kesampaian kerana juara liga Argentina itu tidak mahu membayar nilai pasaran ditetpakan skuad Harimau Selatan.

Keengganan Velez Sarsfield tersebut bagaimanapun tidak menyekat hasrat Jalil Elias untuk meninggalkan JDT apabila laporan terbaru mengatakan majikan lamanya, San Lorenzo mahu kembali mendapatkan khidmatnya.

Dalam satu ciapan pemerhati sukan di Argentina, Leandro Alves, kelab tersebut mahu mendapatkan semula pemain tengah itu sebelum pertengahan Mac dengan usaha itu masih sukar untuk direalisasikan.

"San Lorenzo difahamkan sudah menghubungi Jalil Elias untuk mendapatkan semula khidmatnya sebelum 12 Mac. Bekas kapten pasukan itu kini beraksi buat JDT di Malaysia.

"Tetapi, untuk menandatanganinya, San Lorenzo perlu melepaskan seorang pemain atau membatalkan hasrat untuk menandatangani Oswaldo Balanta yang kini menjalani percubaan bersama skuad simpanan," tulisnya pada Selasa.

Jalil Elias beraksi bersama San Lorenzo sebelum menyertai skuad Harimau Selatan. Agensi

Elias bukan asing dengan kelab berkenaan kerana dua pernah beraksi untuk pasukan itu dari selama tiga tahun bermula 2020 dengan lima gol dan tiga bantuan jaringan direkodkan daripada 117 penampilan.

Kehadirannya dalam arena bola sepak tanah air sebelum ini amat menggemparkan kerana dia memiliki nilai pasaran tertinggi iaitu mencecah €3 juta atau RM15 juta berdasarkan tukaran tahun lalu.

Bagaimanapun, dengan skuad Harimau Selatan kini mempunyai lambakan pemain tengah, dia pasti akan dilepaskan dalam masa terdekat, baik secara kekal mahupun pinjaman. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram