Mungkin dapat percuma, Jalil Elias ikut jejak Chico Geraldes tak balik JDT


  • Podium
  • Ahad, 16 Feb 2025

Jalil mungkin akan menyertai Atletico Belgrano secara percuma dari JDT.

HASRAT penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk melihat kepulangan pemain import pinjaman, Jalil Elias ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) mungkin tertangguh buat sementara waktu.

Ia susulan laporan media antarabangsa bahawa pemain kebangsaan Syria itu telah diintai oleh kelab Argentina, Atletico Belgrano yang mungkin akan menyertai mereka secara percuma.

Dikhabarkan Atletico Belgrano juga sudah menghubungi Jalil untuk membawanya kembali ke Argentina selepas dia berjaya membantu Velez Sarfield menjuarai Liga Profesional de Futbol musim lalu.

BACA LAGI: 'Kino sampai bila nak simpan Faisal', fans Selangor mahu Kinoshi kembalikan aura 'siuuu'

BACA LAGI: Dikhabarkan Liga Perdana bakal kembali, PJ City antara 3 kelab wajar buat 'comeback' semula

Jikalau perbincangan itu berjaya dimuktamadkan, Jalil akan mengikuti jejak langkah Francisco Geraldes yang tidak pulang ke pangkuan JDT selepas dihantar secara pinjaman kepada Wellington Phoenix di Australia.

Kedua-dua pemain itu dibawa masuk oleh JDT pada musim ini untuk memperkuatkan barisan tengah pasukan sebelum dihantar keluar untuk memberi laluan kepada bintang baharu.

Jalil yang dibawa masuk secara percuma oleh JDT dari San Lorenzo hanya tampil satu perlawanan bersama Harimau Selatan ketika menentang Negeri Sembilan FC pada 18 Mei 2024.

Manakala Geraldes pula sempat mencipta satu bantuan jaringan dalam lima perlawanannya bersama JDT sebelum dihantar ke Sepanyol.

Musim ini, JDT telah menghantar lebih lima pemain secara pinjaman untuk memberikan ruang buat mereka mendapatkan minit permainan selepas sukar menembusi kesebelasan utama Harimau Selatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram