
NASIB pemain tengah kelahiran Argentina, Jalil Elias bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) masih samar-samar selepas dia dikhabarkan sedang diintai oleh Atletico Belgrano bagi memperkuatkan pasukan mereka untuk musim baharu nanti.
Kelab berpangkalan di Argentina itu difahamkan sudah menghubungi Jalil untuk membawanya kembali ke negara kelahirannya selepas dia berjaya membantu Velez Sarfield menjuarai Liga Profesional de Futbol musim lalu.
Kejayaan tersebut diraih dengan pemain pinjaman JDT tersebut memainkan peranan besar kerana dia tampil dalam 16 penampilan dalam saingan liga, namun tidak berkesempatan mencetak sebarang gol.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Wajar lepaskan ke kelab lain, tanpa Jalil Elias pun JDT tetap baik'
BACA LAGI: Situasi seperti peledak scam 2021, kelab Argentina tak setuju bayar RM8 juta untuk Jalil Elias
Sumbangannya juga jelas diraikan penyokong serta rakan sepasukan sehingga terdapat laporan mengatakan kelab berkenaan mahu mengekalkan khidmatnya, tetapi tidak sanggup membayar yuran perpindahan diletakkan skuad Harimau Selatan.
Keengganan Velez Sarsfield untuk menebus kontraknya bersama JDT menyaksikan nasib pemain berusia 28 tahun itu masih tidak diketahui namun laporan kuat mengatakan dia akan meninggalkan Harimau Selatan.
Bagaimanapun, tidak semua penyokong Atletico Belgrano merestui khabar angin Jalil akan memperkuahkan bahagian tengah mereka dengan mereka lebih mengharapkan pemain lama mereka mengisi kelompangan berkenaan.
Jalil membantu Velez menamatkan penantian 10 tahun untuk menjuarai Liga Argentina. — Instagram/Jalil Elias
"Kalau Jalil ini pelan B pasukan, saya lebih rela Longo (Santiago) untuk kembali walaupun Longo tidak terlalu hebat," kata penyokong Atletico Belgrano, Senzasoldi.
"Kenapa tidak kekalkan Longo sahaja daripada ambil pemain ini," soalan yang diajukan oleh penyokong kelab Argentina itu, Franco Diaz.
Untuk info, Longo merupakan pemain tengah Atletico Belgrano namun khidmatnya dipinjamkan ke pasukan Brazil iaitu Sao Paulo pada September 2024.
Tindakan penyokong Atletico Belgrano yang tidak mengalu-alukan pemain skuad kebangsaan Syria berkenaan menyebabkan ramai pengikut Harimau Selatan turut bersimpati dengan karier bola sepaknya.
Penyokong Belgrano lebih gemar Longo mengemudi bahagian tengah mereka. — Agensi
Jalil yang tiba pada awal musim lepas itu dilabel sebagai import 'scammer' selepas hanya hanya diturunkan sekali dalam jersi JDT, iaitu ketika aksi pembukaan Liga Super 2024/25 menentang Negeri Sembilan FC di laman sendiri.
Tidak pasti di mana silapnya namun jika kepakaran Jalil terus tidak diinggini oleh JDT mahupun kelab lain, ia akan menjatuhkan nilai pasarannya yang kini mencecah €2.5 juta (RM11.5 juta). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram