
SETIAP liga di dunia ini mempunyai cabaran yang tersendiri bagi setiap pemain. Malah, saingan Liga Super turut memberikan cabaran tersendiri.
Terdapat ramai pemain import yang beraksi di negara kita, mencipta impak dan kemudiannya pergi ke liga lain untuk mendapatkan tawaran lebih baik.
Tapi, langit tidak selalu cerah. Ada yang berdepan kesukaran untuk menyerlah di pasukan baharu selepas meninggalkan kelab mereka di Malaysia.
BACA LAGI: [VIDEO] Selangor FC rugi lagi, Ayron tak perlu masa lama belanja aksi mantap
BACA LAGI: Selangor terlepas, Ramon Machado kembali ke Liga Azerbaijan
Ayron del Valle
Nama Ayron del Valle akan sentiasa diingat oleh penyokong Selangor FC kerana penyudahnya menghantar Gergasi Merah kembali ke saingan Asia selepas lapan tahun.
Bermula dengan agak perlahan, persembahan Ayron semakin meningkat dan berjaya memenangi hati penyokong Selangor hinggakan berjaya meraih gelaran penjaring terbanyak Liga Super 2023 dengan 23 gol.
Ayron merupakan pemenang kasut emas Liga Super 2023.
Dia kemudiannya tidak menyambung kontrak di Selangor dan berpindah ke Bolivia untuk menyertai kelab Always Ready. Namun, dari situlah prestasinya mula malap.
Ayron cuma mampu menghasilkan empat gol dalam 19 penampilan sebelum meninggalkan kelab itu dan menjadi free agent selama tiga bulan sebelum menyertai pasukan Colombia, CD La Equidad.
Ramon Machado
Penyokong Sabah FC pastinya gemarkan persembahan Ramon Machado semasa bersama mereka. Setiap kali di padang, dia akan menghasilkan detik penting untuk membantu kelab itu meraih kemenangan.
Ia terbukti menerusi statistik dalam 27 perlawanan, Machado menghasilkan 18 jaringan serta 4 bantuan gol untuk Sabah. Satu rekod yang baik buat pemain dari Brazil itu.
Machado amat disenangi oleh penyokong Sabah.
Machado meninggalkan Sabah untuk menyertai kelab Azerbaijan, Araz-Nakhchivan pada awal musim 2024/2025. Namun begitu bersama kelab baharu, Machado dilihat masih mencari-cari rentak.
Dalam 22 perlawanan, Machado sekadar menjaringkan empat gol dan enam bantuan jaringan buat kelab tersebut.
Ronald Ngah Wanja
Satu nama yang popular dalam kalangan penyokong Kedah Darul Aman FC, Ronald Ngah Wanja turut berdepan kesukaran selepas meninggalkan Sang Kenari.
Dikenali sebagai Pak Ngah dalam kalangan penyokong, Wanja pada mulanya sering dikecam kerana persembahannya tetapi dia meninggalkan Kedah dengan rekod 15 gol, lima bantuan jaringan dalam 28 perlawanan.
Ngah Wanja antara import Kedah dibawa ketika era Aidil Sharin.
Selepas Kedah, Wanja berpindah ke kelab Qatar iaitu Al-Khor dan berjaya menghasilkan lima gol dalam sembilan penampilan. Dia kemudiannya berpindah ke Arab Saudi dengan menyertai Hajer.
Di Hajer, Wanja berdepan kesukaran untuk mengulangi prestasinya di Kedah dan Al-Khor apabila sekadar menjaringkan satu gol dalam 17 penampilan buat kelab itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram