
PUTRAJAYA Dynamites meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Super Bola Jaring (NSL) musim ini setelah meneruskan rekod 100 peratus dalam enam perlawanan.
Mereka yang berdepan Pahang Tulips pada Sabtu mudah menundukkan pasukan Pantai Timur itu dengan keputusan 66-38 untuk mengukuhkan lagi kedudukan di persada carta.
Tonggak kelab Lembah Klang itu, Diyanah Sabadinee jelas berpuas hati dengan persembahan mereka bagi aksi minggu ketiga selepas mereka turut menang ke atas pencabar terdekat, Kuala Lumpur (KL) Wildcats.
BACA LAGI: [VIDEO] Disangka Johor Jewels, rupanya Putrajaya Dynamites yang unggul tanpa tewas
BACA LAGI: [VIDEO] Rekod Pahang dirampas, Ashwinii jadi kunci Putrajaya Dynamites raih kemenangan terbesar NSL
"Hari ini, (kami) lebih berpuas hati dengan persembahan dalam gelanggang. Untuk esok (Ahad), standard kita akan lebih tinggi dari segi strategi ketika beraksi," katanya.
Diyanah yang beraksi dalam posisi penjaring gol (GA) itu diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan setelah mencipta 12 bantuan jaringan selain berjaya melancarkan serangan balas menerusi pintasan hantaran.
Sumbangan itu membolehkan Putrajaya Dynamites mencatatkan kemenangan keenam dalam NSL musim ini dengan mereka kini memiliki kelebihan mata besar berbanding KL Wildcats.
Selepas ini, pasukan kendalian Puah Pei San itu akan berdepan Perak Phoenix sementara lawan mereka, Pahang Tulips akan bertemu juara bertahan, Johor Jewels.
Kemenangan Putrajaya Dynamites akan sekali gus melayakkan mereka ke pusingan separuh akhir pada 22 Februari depan dengan tiga pasukan lain bakal menyertai mereka. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram