'Move on' dikalahkan Putrajata Dynamite, Perak berdebar tunggu Johor atau KL


  • Podium
  • Sabtu, 22 Feb 2025

Antara aksi Putrajaya Dynamites menentang Perak Phoenix pada Sabtu.

PASUKAN tanpa kalah musim ini, Putrajaya  Dynamites memastikan kemaraan ke pentas akhir Netball Super League (NSL) 2025 selepas menewaskan Perak Phoenix 60-29 di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Putrajaya dibarisi Maisarah Affandi (GS), Amisya Khairuddin (WA), Diyanah Sabadinee (GA), Rozliana Ridwan (C), Hidayatul Akhma (GD), Daniea Anisya (WD) dan Fattima Dino (GK).

Manakala, Fairul Fauziema pula mempertaruhkan skuad terbaiknya seperti Aisyah Syakirah (GS), Fateha Aleeya (WA), Khairunnisa Nazri (GA), Nabilatul Suhaiba (C), Batamuliza Mercy (GD), Insyirah Rashidi (WD) dan Nanfuka Stella (GK).

BACA LAGI: [VIDEO] Rekod Pahang dirampas, Ashwinii jadi kunci Putrajaya Dynamites raih kemenangan terbesar NSL

BACA LAGI: [VIDEO] Ketajaman Thishala jadi mimpi ngeri, bantu Pahang Tulips raih kemenangan besar benam NS Venom

Skuad Pheonix bergelut dalam suku pertama sekali gus memberikan kelebihan buat anak buah Puah Pei San bermula agresif untuk selesa mendahului Perak 13-4.

Suku kedua dan ketiga pula menyaksikan percaturan Perak serba tidak menjadi dengan kelincahan gandingan trio Muhluri-Rozliana Ridwan-Fattima menjadi nadi Putrajaya untuk unggul dengan melakar kemenangan 44-23.

Moementum itu diteruskan Putrajaya untuk memastikan slot ke final menjadi milik mereka, selain kepentasan Fattima Dino sukar ditandingi Perak untuk terpaksa akur ditewaskan 60-29.

Walaupun akur kepada Putrajaya, namun pasukan Perak masih optimis untuk perlawanan tempat ketiga pada Ahad. Skuad Phoenix kemungkinan akan bertemu Johor Jewels ataupun Kuala Lumpur (KL) Wildcats.

Eska Syafinie selaku wakil Perak Phoenix berjanji akan memberikan persembahan terbaik untuk penyokong mereka meskipun tidak berjaya mara ke pusingan akhir.

“Alhamdulillah untuk semi final ini, kami dah buat yang terbaik. Tapi kami akan buat lagi terbaik untuk tempat ketiga esok. Jangan risau dan jangan bersedih, kita akan jumpa lagi esok,” katanya memetik video dimuat naik di laman Facebook. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram