[VIDEO] Rekod Pahang dirampas, Ashwinii jadi kunci Putrajaya Dynamites raih kemenangan terbesar NSL


  • Podium
  • Ahad, 09 Feb 2025

Muhluri turut memainkan watak penting sebagai penjaring utama Putrajaya Dynamites. — Facebook/NSL

TIDAK sampai sehari menikmati kemenangan terbesar dalam saingan Netball Super League (NSL) 2025, Pahang Tulips terpaksa akur memberikan takhta berkenaan kepada Putrajaya Dynamites.

Skuad yang dikendalikan Pei Sang merekodkan kemenangan terbesar musim ini selepas menundukkan Negeri Sembilan Venom dengan keputusan 84-40 dalam perlawanan di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Ahad.

Sebelumnya, rekod berkenaan dipegang oleh Pahang Tulips, yang menyaksikan kemenangan pertama mereka tersebut diraih selepas menewaskan Negeri Sembilan Venom 80-42 di venue sama pada Sabtu.

BACA LAGI: [VIDEO] Ketajaman Thishala jadi mimpi ngeri, bantu Pahang Tulips raih kemenangan besar benam NS Venom

BACA LAGI: NSL 2025: Johor Jewels lakar kemenangan hatrik, Perak Phoenix bangkit kutip 3 mata pertama

Skuad Dynamites dibarisi Muhluri Hlatshwayo (Goal Shooter), Nur Amisya (Wing Attack), Maisarah Affandi (Goal Attack), Rozliana Mohd Ridwan (Centre), Ashwinii Kalitass (Goal Defence), Nor Daniea Anisya (Wing Defence) dan Fattimah Dino (Goal Keeper).

Manakala, skuad Venoms menurunkan Arirak Ampharat (Goal Shooter), Syafiqah (Wing Attack), Fatin (Goal Attack), Zetty Atira (Centre), Athirah Batrisya (Goal Defence), M. Susmitha (Wing Defence) dan Aqilah Izzati (Goal Keeper).

Meskipun jurang mata agak jauh direkodkan Venom namun pasukan kendalian Fatimah Salleh itu masih garang melakukan percubaan namun banyak dinafikan oleh pertahanan Dynamites, Ashwinii.

Kecemerlangan Ashwinii membantu pasukannya itu membolehkan pemain berkenaan mendapat pemain terbaik perlawanan.

Setakat empat perlawanan sudah diharungi, Ashwinii mencatatkan interception tertinggi di NSL 2025. Tonggak tinggi lampai itu merekodkan 11 interception untuk menjaga benteng pertahanan Dynamites.

Kemenangan besar itu memberikan tiga mata berharga buat Putrajaya Dynamites, manakala NS Venom tanpa sebarang mata di kedudukan tercorot. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram