
KEJOHANAN Netball Super League (NSL) 2025 menyaksikan Pahang Tulips melakar kemenangan pertama dalam saingan minggu kedua selepas menewaskan Negeri Sembilan Venom 80-42 di Stadium Juara, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Negeri Sembilan Venom yang dibarisi Arirak Ampharat (Goal Shooter), Zetty Atira (Wing Attack), Sarah Husna (Goal Attack), Athirah Batrisya (Centre), Siti Nur (Goal Defence), M. Susmitha (Wing Defence) dan Aqilah Izzati (Goal Keeper).
Manakala, Hamsana Shamin pula mempertaruhkan Thishala Tharani (GS), Nurirdina Sumaya (GA), Nurain Humaira' (WA), Fara Shafira (C), Liyaara Malmi (GD), Fatin Ellysya (WD) dan Shandralelka (GK) untuk perkuatkan Pahang Tulips.
BACA LAGI: 'Everyone can score', fans teruja taktikal JDT, padu macam pasukan Eropah
BACA LAGI: [VIDEO] Maafkan gol sendiri Tae-su, ini 3 momen Pak Karim harumkan Sabah
Dalam aksi tersebut, Pahang Tulips mendominasi dalam suku pertama dan suku kedua untuk menutup perlawanan dengan keputusan mendahului 44-18, malah ketajaman Thishala menjadi mimpi ngeri buat anak-anak buah Fatimah salleh.
Masuk suku ketiga pula menyaksikan gandingan Nurirdina Sumaya-Nuraina Raziani pula menjadi duri dalam daging buat NS Venom untuk terus mendahului 59-29.
Kemasukan Thishala Tharani dalam suku keempat kembali terus menghukum NS Venom yang terus bergelut untuk merapatkan jurang sekali gus terpaksa akur tewas 42-80.
Manisnya aksi tersebut, Thishala muncul 'Woman of the Match' selepas membantu pasukannya itu meraih kemenangan besar dengan menjaringkan 53 mata.
Kemenangan besar itu memberikan tiga mata berharga buat Pahang, manakala NS Venom tanpa sebarang mata di kedudukan tercorot.
Selepas ini, Pahang Tulips akan bertemu Terengganu Marvels dalam perlawanan yang berlangsung pada Ahad di venue yang sama. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram