
LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan perlawanan akhir Piala Malaysia 2024 antara juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Sri Pahang FC bakal berlangsung pada di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 12 April.
Keputusan penetapan tarikh itu dibuat selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia 2024/2025 serta penglibatan JDT dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elite (ACLE) selepas kelab Harimau Selatan itu layak ke pusingan 16 terbaik dengan aksi timbal balik bermula pada 4 Mac 2025.
Sekiranya berjaya ke pusingan suku akhir, aksi itu dijangka berlangsung pada 25 April 2025.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Masih belum move on', Arif Aiman gula-gulakan kiper antara 3 momen terbaik disajikan JDT di SSI
BACA LAGI: [VIDEO] 'Bertuahnya pemain JDT', MB Johor kongsi bagaimana TMJ 'paksa' skuad Harimau Selatan lawat famili sukar di Pontian
"Tarikh perlawanan akhir Piala Malaysia itu dilihat akan memberi ruang kepada JDT untuk mengharungi peringkat kalah mati ACLE yang mana penglibatan JDT di pentas antarabangsa cukup penting dalam menyumbang mata bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dalam ranking kelab AFC.
"MFL selaku badan pengelola jelas komited untuk menyokong mana-mana kelab yang menggalas cabaran negara di pentas antarabangsa malah keputusan penetapan tarikh final edisi ke-98 itu mendapat persetujuan dan sokongan baik Sri Pahang FC," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sementara itu, faktor penting pemilihan tarikh 12 April 2025 adalah ketersediaan venue SNBJ, yang dianggap sesuai untuk menampung ribuan penyokong kedua-dua pasukan.
"Antara faktor penting dalam pemilihan tarikh 12 April 2025 itu juga adalah ketersediaan venue SNBJ yang dilihat gelanggang paling sesuai untuk menyambut kehadiran ribuan penyokong kedua-dua pasukan itu nanti.
"SNBJ akan ditutup untuk kerja-kerja penambahbaikan padang bermula selepas tamatnya Perlawanan Akhir Unifi Piala Malaysia, menjadikan 12 April sebagai tarikh paling ideal untuk menganjurkan perlawanan akhir.
"Perubahan tarikh Perlawanan Akhir ini juga akan melibatkan pindaan tarikh-tarikh perlawanan Liga Super minggu 25 dan 26," tambah kenyataan itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram