'Saya mungkin satu-satunya harapan mereka', Daud Bakar kongsi rahsia pemain kekal setia walau gaji tertunggak 10 bulan


  • Podium
  • Jumaat, 21 Feb 2025

Kedah berdepan masalah kewangan besar, dengan pemain tidak membayar gaji sehingga 10 bulan. — Facebook/KDAFC

PEMILIK majoriti Kedah Darul Aman (KDA) FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar akhirnya mendedahkan pasukan berkenaan kini mengalami masalah tunggakan gaji mencecah 10 bulan.

Krisis berkenaan dikongsikan oleh beliau pada majlis pengumuman rakan strategik dan majlis pengisytiharan duta-duta KDA FC, di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Jumaat. 

Berkat hubungan baiknya bersama pemain, Mohd Daud lega mereka memahami keadaan kewangan kelab dan mempercayai dirinya untuk terus menerajui pasukan Sang Kenari. 

BACA LAGI: 'Kami diletak sebagai gambar murahan', Kedah nafi tinggalkan Liga Super

BACA LAGI: Tiga kelab Liga Super hampir 'bungkus' musim depan, pemain diarah cari kelab baharu

"Sebenarnya ia bergantung kepada hubungan baik saya dengan pemain dan pegawai. Tahun lepas kita mempunyai masalah sama bila masuk ke musim baharu , ada empat bulan tertunggak tetapi saya selesaikan hutang tersebut untuk tujuan pelesenan. 

"Jadi mereka merasa bahawa kalau saya tidak serius dalam dunia bola sepak saya tidak akan membayar hutang yang lepas. Jadi mereka memberikan kepercayaan, berikan masa sedikit untuk saya mencari peluang-peluang untuk mencari kewangan.  

"Mereka tahu saya berkeseorangan dalam hal ini. Mereka tidak tahu nak cari siapa lagi. Sayalah mungkin satu-satunya harapan mereka ada. Sebab itu kena ada give and take, kena ada kefahaman," katanya pada Jumaat. 

‎Kedah memperkenalkan rakan strategik dan duta-duta rasmi untuk menarik alat penaja.

Walaupun begitu, Mohd Daud menegaskan pihaknya tidak membiarkan pemain dan pegawainya kesusahan susulan pihaknya masih berusaha untuk menghulurkan sedikit wang untuk meringankan beban.

"Seperti mana yang mungkin media semua tahu, ramai tahu kita masih lagi tertunggak hutang yang banyak, hampir mencecah 10 bulan. Untuk memberi sedikit ketenangan kepada pemain, kita cuba membuat bayaran secara 'advance'. 

"Bukan semua gaji akan diberi tetapi sedikit bayaran untuk mereka teruskan kehidupan seperti mana yang paling minimum untuk mereka menanggung tanggungjawab di rumah.

"Dari segi gaji itu masih tertunggak lagi dan kita sedang membuat perancangan habis-habisan untuk cuba menyelesaikan bayaran tertunggak dalam masa terdekat," katanya.  — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram