Tak layan aksi seteru, skuad The Red Devils anjur pertandingan boling demi baiki hubungan pasukan


  • Podium
  • Khamis, 20 Feb 2025

Keadaan moral The Red Devils merosot selepas kekalahan 2-1 kepada Tottenham.

PEMAIN Manchester United mengadakan sesi team bonding untuk menaikkan semangat selepas kekalahan yang menyebabkan mereka jatuh di tangga ke-15 Liga Perdana Inggeris. 

Man United dilihat mengadakan sesi team bonding itu ketika Manchester City menentang Real Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara dan dipercayai sebagai langkah mengelak menonton perlawanan seteru mereka.

Skuad Man United dilaporkan mengunjungi Lane 7 Bowling Alley dari pukul 5 petang hingga 7 malam untuk bermain boling, shuffleboard, darts, ping pong dan pool.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Pilihan tepat', fans restu peledak Terengganu ke JDT

BACA LAGI: [VIDEO] 'Bertuahnya pemain JDT', MB Johor kongsi bagaimana TMJ 'paksa' skuad Harimau Selatan lawat famili sukar di Pontian

Mereka kemudian menikmati makan malam bersama di restoran Brazil, Jardim Rodizio.

Keadaan moral The Red Devils merosot selepas kekalahan 2-1 kepada Tottenham, yang merupakan kekalahan kelapan dalam 12 perlawanan terakhir di bawah kendalian Ruben Amorim.

Bukan itu sahaja, Man United juga dilanda masalah kecederaan termasuk Amad Diallo yang terpaksa berehat sepanjang musim, sementara Kobbie Mainoo dijangka rehat selama enam minggu dan Lisandro Martinez menghadapi pemulihan jangka panjang. 

Pemain yang hadir termasuk Alejandro Garnacho, Leny Yoro, Ayden Heaven, Manuel Ugarte, Matthijs de Ligt, Joshua Zirkzee, Jonny Evans, Mason Mount, Harry Maguire, Victor Lindelof, Rasmus Hojlund, Christian Eriksen, Andre Onana, Casemiro, Altay Bayindir, Diogo Dalot, Bruno Fernandes, Tom Heaton, Noussair Mazraoui dan Kobbie Mainoo. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram