
PERLAWANAN minggu ketiga yang menemukan pasukan dua teratas Netball Super League (NSL) 2025 menyaksikan pengalaman yang menjadi pemisah buat Putrajaya Dynamites dan Kuala Lumpur Wildcats.
Dalam aksi yang diadakan di Stadium Juara, Kuala Lumpur menyaksikan suku pertama jelas didominasi oleh Dynamites, tatkala gandingan Amisya Khairuddin dan Diyanah Sabadinee menjadi punca utama kepada kelebihan 19-8.
KL Wildcats nyata sukar mengekori rapat Dynamites apabila segala percaturan yang dirancang kurang menjadi sebaliknya anak buah Puah Pei San terus melebarkan rekod jaringan kepada 30-18.
BACA LAGI: Lepas Adam Nor Azlin, giliran kiper Pahang luah isi hati isu kewangan Tok Gajah
Dynamites terus melebarkan kedudukan dengan meraih kemenangan dengan mata 57 berbanding Wildcats yang hanya berhasil mendapat 43 mata.
Aksi tamat menandakan Putrajaya Dynamites kekal status selaku pasukan pertama belum tewas dan mengukuhkan kedudukan di tempat pertama musim ini.
Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong sukan bola jaring tersebut terpukau dengan gaya permainan yang dipamerkan oleh Dynamites.
Malah, ada penyokong yang mula membandingkan prestasi Dynamites dengan pencabar terdekat mereka, Johor Jewels.
"Memang padu Putrajaya Dynamites kan, sangka Johor Jewels yang akan mengungguli carta," kata Farizah Ahmad.
"Good job Dynamites, memang cantik permainan yang mereka tampilkan, hebat belaka, kata Amirah Nordin.
"Pencabar terdekat Putrajaya Dynamites adalah Johor Jewels namun Dynamites berjaya mengungguli carta liga," kata Aminah Zulkarnain. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram