Lepas Adam Nor Azlin, giliran kiper Pahang luah isi hati isu kewangan Tok Gajah


  • Podium
  • Jumaat, 14 Feb 2025

Kejayaan melangkah ke pentas akhir Piala Malaysia musim ini melakar senyuman di wajah skuad Tok Gajah. — Facebook/Sri Pahang FC

ISU kewangan yang melanda Sri Pahang FC telah menimbulkan kekecewaan dalam kalangan pemain.

Sebelum ini, bek tengah Adam Nor Azlin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pihak pengurusan melalui hantaran di Instastory menyatakan 'Janji tapi mungkir, munafik' disertai dengan emoji wang berterbangan.

Kini, giliran penjaga gol Tok Gajah, Azfar Arif pula menyuarakan perasaan serupa.

BACA LAGI: Kedah makin mantap, bawa masuk ex JDT lepas kekalkan sepupu Teerasil Dangda

BACA LAGI: [VIDEO] 'Saya bukan kuda tua', Gonzalez buktikan kemampuan diri selepas 7 bulan tak beraksi

Dalam satu hantaran di Instastory miliknya, penjaga gol tersebut menyatakan kekecewaannya terhadap janji yang tidak ditunaikan oleh pihak pengurusan, khususnya berkaitan tunggakan gaji yang belum dibayar.

"Terima kasih sayang, maaf kalau ada kekurangan, abang cuba kerja keras lagi ya. Masih menunggu hak yang tidak pasti," tulisnya dalam Instastory.

WhatsApp Image 2025-02-14 at 20.14.38

Tangkap layar Instastory Azfar Arif.

Azfar turut meluahkan rasa kecewa apabila menyatakan bahawa dirinya masih menunggu hak yang belum pasti, merujuk kepada isu tunggakan gaji yang belum dibayar oleh pihak pengurusan pasukan.

Kedua-dua luahan itu mencerminkan keresahan pemain terhadap masalah kewangan yang dihadapi oleh Tok Gajah.

Pemain berusia 25 tahun tersebut menyertai skuad Tok Gajah pada awal musim lalu dari Penang FC dengan dia sudah merekodkan empat penampilan Liga Super dengan satu 'clean sheet' direkodkan.

Peluangnya untuk beraksi secara kerap sedikit terhad memandangkan Azfar perlu bersaing dengan Zarif Irfan Hashimuddin bagi tempat dalam kesebelasan utama.

Bagaimanapun, setiap kali diberi peluang, pemain kelahiran Terengganu tersebut akan memberi persembahan terbaik dalam memastikan gawangnya tidak dibolosi dengan mudah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram