[VIDEO] 'Macam level budak sekolah,' fans geram import NS Venom 'lemah gemalai' punca tunduk di tangan Selangor Angels


  • Podium
  • Jumaat, 14 Feb 2025

Ellisa Hannah (kanan) yang beraksi sebagai Goat Shooter Selangor Angels dilihat cukup tenang untuk menjaringkan gol.

SKUAD Negeri Sembilan Venom terpaksa berputih mata apabila tewas 17-74 di tangan Selangor Angels dalam perlawanan minggu ketiga Netball Super League (NSL) 2025 di Stadium Juara, Kuala Lumpur pada Jumaat.

NS Venom dibarisi Arirak Ampharat (GS), Zetty Atira (WA), Sarah Husna (GA), Athirah Batrisya (C), Siti Nur (GD), M. Susmitha (WD) dan Aqilah Izzati (GK).

Manakala, Ellisa Hannah (GS), Sirima Samnaree (GA), Siti Aminah Ahmad (WA), Nuradila Azman (C), Noramirah Dayana (GD), Firra Syuhada (WD) dan Mikaela Minss (GK) untuk Selangor Angels.

BACA LAGI: Lepas Adam Nor Azlin, giliran kiper Pahang luah isi hati isu kewangan Tok Gajah

BACA LAGI: 'Taktikal ke laut', hati fans Sang Penyu berkecai tersungkur di tangan KL City

Anak-anak buah Fatimah Salleh terus ketinggalan untuk meraih sebarang mata apabila Selangor Angles mendominasi penuh perlawanan tersebut dengan menjarakkan kedudukan yang cukup jauh.

NS Venom dilihat mahu mempamerkan kebangkitan namun kecekapan dan ketangkasan Selangor Angels meranapkan impian mereka.

Dalam pada itu, ramai penyokong tidak berpuas hati dengan import yang beraksi sebagai watak penting dalam aksi tersebut.

Rata-rata mereka menuding jari kepada import Thailand, Arirak Ampharat yang dilihat tidak bersemangat dalam membantu NS Venom mendapatkan mata.

"Tengok Arirak main buat saya naik darah, tiada beza dengan NSL 2023, sama saja tunggu bola datang bukannya minta bola," kata Kaiza Khir Idris.

"Arirak buat saya naik angin wei, geram sangat ini, dari perlawanan pertama malas nak bergerak," kata Nnie Fairuz II.

"Lemah gemalai betul ye Arirak ini, tak berbaloi langsung ambil dia ni, malas sangat nak minta bola," kata Kharina. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram