'Taktikal ke laut', hati fans Sang Penyu berkecai tersungkur di tangan KL City


  • Podium
  • Jumaat, 14 Feb 2025

Safwan (kanan) mencetak gol buat Sang Penyu dan memberi hantaran bantuan kepada The City Boys untuk menyamakan kedudukan babak pertama.

KEBANGKITAN luar biasa Kuala Lumpur City FC menutup cerita di bumi Terengganu apabila berjaya melakar kemenangan berharga 2-1 dalam aksi Liga Super bertemu Sang Penyu pada Jumaat.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu itu menyaksikan pemain pertahanan Terengganu FC, Safwan Mazlan muncul sebagai penjaring untuk meletakkan pasukan Sang Penyu dalam kedudukan yang selesa pada minit ke-15.

Keputusan itu memberi harapan kepada Sang Penyu untuk mempertahankan kelebihan mereka dan meneruskan perjuangan pada separuh masa kedua.

BACA LAGI: Lepas Adam Nor Azlin, giliran kiper Pahang luah isi hati isu kewangan Tok Gajah

BACA LAGI: Kedah makin mantap, bawa masuk ex JDT lepas kekalkan sepupu Teerasil Dangda

Bagaimanapun, menuju minit-minit akhir aksi di Gong Badak itu menyaksikan kesilapan mudah yang dilakukan oleh pertahanan Sang Penyu, Safwan akhirnya memberi peluang kepada The City Boys untuk menyamakan kedudukan.

Hasrat Terengganu untuk kembali ke bilik persalinan tanpa bolos tidak kesampaian apabila Paulo Josue menyamakan kedudukan 1-1 ketika permainan memasuki masa tambahan hasil hantaran bantuan Safwan.

WhatsApp Image 2025-02-14 at 23.14.16

Terengganu terpaksa menelan pahit apabila tewas 1-2 di tangan KL City.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan menampilkan persembahan yang cukup seimbang dengan melakukan percubaan demi percubaan ke pintu gawang lawan.

Ketika Sang Penyu rancak menyerang, KL City hadir dengan jaringan kemenangan di minit ke-79 apabila Patrick Reichelt bijak melepasi perangkap ofsaid untuk menembusi gawang Terengganu.

Aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin berakhir dengan keputusan 2-1 memihak KL City.

Susulan kekalahan itu, ramai penyokong Sang Penyu mengkritik taktikal yang digunakan oleh Badrul Afzan Razali yang dianggap 'makan diri'.

"Taktikal ke laut, benda boleh menang nak kalah," kata Jeng Kreng.

"Tahniah TFC sebab kecewakan fans Sang Penyu, mainlah belakang gol lagi, banyak kesilapan-kesilapan mudah," kata Amirul Ismail.

"Main tak semangat langsung, sudah leading bagi pula gol dekat KL City, lepas tu taktikal pun tak menentu lepas kena 2-1," kata Awang Aman. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram