
MANCHESTER City berdepan kesukaran menjelang dua aksi penting apabila mereka terpaksa melupakan khidmat pertahanan, Manuel Akanji.
Memetik laporan dari England, pemain Switzerland itu mengalami kecederaan semasa City berdepan Real Madrid dalam aksi pertama peringkat play-off Liga Juara-Juara UEFA (UCL).
Akanji dikeluarkan ketika rehat separuh masa dan digantikan dengan Rico Lewis pada perlawanan tersebut.
BACA LAGI: Kelab rugi teruk, pemilik Manchester United mahu buang 200 pekerja lagi
Akanji (tengah, depan) terlepas aksi penting bertemu Real Madrid dan Liverpool. — Agensi
Menurut pengendali City, Pep Guardiola, Akanji akan terlepas beberapa aksi penting City bermula dengan aksi berjumpa Newcastle United dalam saingan liga pada Sabtu.
Ia termasuklah dua aksi penting iaitu perlawanan timbal balik bertemu Real (20 Februari) dan seteru, Liverpool pada 24 Februari yang berpotensi menentukan musim City.
Guardiola bagaimana pun tidak mengesahkan bentuk kecederaan dialami Akanji dan tempoh sebenar pemain itu tidak diturunkan.
Walaupun kehilangan Akanji, Guardiola boleh menarik nafas lega apabila tiga pertahanannya iaitu Nathan Ake, Ruben Dias dan John Stones sudah boleh diturunkan semula.
Isu kecederaan melibatkan pemain pertahanan dilihat menjadi punca kepada masalah prestasi tidak menentu City musim ini selain kehilangan pemain tengah berpengaruh, Rodri sejak awal musim. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram