Kelab rugi teruk, pemilik Manchester United mahu buang 200 pekerja lagi


  • Podium
  • Rabu, 12 Feb 2025

Ratcliffe telah menyuntik RM1.34 billon ke dalam Manchester United. — Agensi

PEMILIK Manchester United, Sir Jim Ratcliffe akan melaksanakan satu lagi pusingan pemberhentian kira-kira 200 pekerja di Old Trafford sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengimbangi kerugian kelab sebanyak £300 juta (RM1.67 billon) dalam tempoh tiga tahun yang lalu.

Walaupun Ratcliffe telah mengurangkan kira-kira 250 kakitangan pada musim luruh lalu dengan keputusan itu dibuat kerana keadaan kewangan kelab yang terjejas teruk.

Kakitangan United masih belum dihubungi secara rasmi oleh pihak pengurusan mengenai kemungkinan kehilangan pekerjaan, tetapi dipercayai mereka sudah bersedia untuk menghadapi situasi tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Bukan Bergson da Silva, fans banding rekod Romel Morales dengan bintang baharu Indonesia

BACA LAGI: [VIDEO] Tiada tempat di JDT, Francisco Geraldes ikut jejak Liridon 'dihantar' ke Australia

Selepas menjadi pemegang saham minoriti terbesar tahun lalu, Ratcliffe telah menyuntik £240 juta (RM1.34 billon) ke dalam kelab.

Walaupun dana itu digunakan untuk menaik taraf pusat latihan Carrington milik United, keadaan kewangan jangka panjang masih mencabar kerana kos tinggi yang perlu ditanggung dalam dan luar padang.

Dalam jendela perpindahan Januari, United hanya membeli Patrick Dorgu dari Lecce dengan harga £25 juta (RM139 juta), walaupun skuad Ruben Amorim memerlukan rombakan besar.

Majoriti pemain yang diwarisinya selepas dilantik sebagai ketua jurulatih pada akhir Oktober tidak sesuai dengan sistem 3-4-3 yang digunakannya.

Jumlah kewangan yang dapat dijana daripada pemberhentian pekerja yang dicadangkan oleh Ratcliffe untuk pasaran perpindahan musim panas masih belum jelas.

Bajet terhad United dalam jendela perpindahan musim sejuk sebelum ini berlaku walaupun terdapat 250 pemotongan kakitangan dan pelepasan 75 peratus daripada gaji mingguan Marcus Rashford sebanyak £365,000 (RM2 juta) melalui perjanjian pinjaman bersama Aston Villa.

Pada akhir November lalu, laporan kewangan United mendedahkan bahawa kelab terpaksa membayar £21.4 juta (RM119 juta) untuk memecat Erik ten Hag dan melantik Amorim sebagai penggantinya.

Erik ten Hag telah dipecat pada 28 Oktober lalu, bersama kakitangan kejurulatihannya yang terdiri daripada Rene Hake, Jelle ten Rouwelaar, Pieter Morel dan Ruud van Nistelrooy.

Sejumlah £10.4 juta (RM57 juta) dibayar sebagai pampasan untuk pemecatan mereka.

Kos untuk mendapatkan Amorim, bersama lima jurulatih lain yang mengikutinya dari Sporting, Carlos Fernandes, Jorge Vital, Adelio Candido, Emanuel Ferro dan Paulo Barreira berjumlah tambahan £11 juta (RM60 juta). — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram