Lepas McTominay dan Elanga, Ferdinand jangka Rashford kembali bersinar setelah tinggalkan 'badi' Old Trafford


  • Podium
  • Rabu, 12 Feb 2025

Rashford diharap dapat kembali ke landasan sepanjang tempoh enam bulan pinjaman di Aston Villa. — Agensi

PERPINDAHAN Marcus Rashford dari Manchester United ke Aston Villa secara pinjaman pada jendela perpindahan lalu menerima respons pelbagai daripada pemainat The Red Devils.

Sebahagian daripada mereka melihat penghijrahan itu menyimpulkan sikap pengurus, Ruben Amorim terlalu kasar dalam melayani anak-anak buahnya yang enggan mendengar kata dan arahan.

Hal tersebut bukanlah perkara tidak diketahui ramai kerana sejak kehadiran pengendali kelahiran Portugal tersebut, terdapat laporan mengatakan hubungan antara mereka mula renggang atas beberapa faktor.

BACA LAGI: Tampil garang belasah bekas kelab Ruben Amorim, Ferdinand yakin Arsenal boleh kembali cabar EPL

BACA LAGI: [VIDEO] Ferdinand 'koyak' lepas tengok aksi tak konsisten Man United

WhatsApp Image 2025-02-11 at 11.52.38 PM

Rashford (kiri) dan Amorim tidak sehaluan sejak beberapa bulan lalu. — Agensi

Jadi, dalam memastikan suasana dalam bilik persalinan terus harmoni, Rashford ditunjukkan jalan keluar sehingga penyokong mengatakan Amorim punca penghijrahan itu berlaku.

Tetapi, ada pula yang menganggap keputusan tersebut amat tepat kerana pemain antarabangsa England itu perlu berada dalam suasana berbeza untuk kembali ke tahap terbaik.

Pandangan tersebut turut disokong legenda kelab, Rio Ferdinand yang melihat penyerang sayap berkenaan bergelut untuk memikul tekanan dalam skuad The Red Devils kebelakangan ini.

Menurut bekas bek The Three Lions itu, penghijarahan keluar dari Manchester United jelas membuahkan hasil, terutamanya buat Scott McTominay dan Anthony Elanga yang kembali ke prestasi terbaik.

WhatsApp Image 2025-02-11 at 11.51.55 PM

McTominay (kiri) dan Elanga mula bersinar sejak meninggalkan The Red Devils. — Agensi

"Anda boleh lihat apabila mereka meninggalkan pasukan itu, masing-masing seperti pemain baharu kerana 'rantai' yang membelenggu sudah terlerai. Tekanan dialami selama ini juga sudah tidak lagi dirasakan.

"Lihat sahajalah McTominay dan Elanga yang bersinar. Antony juga berada di tahap berbeza memandangkan dia sudah menjaringkan gol buat Real Betis dan meraih anugerah pemain terbaik perlawanan. Perkara ini juga akan dialami Rashford," katanya.

Selepas memeterai perpindahan itu, Rashford sudah mencipta debut buat Aston Villa ketika mereka menerima kunjungan Tottenham Hotspur dalam aksi pusingan keempat Piala FA pada Isnin.

Meskipun masih belum memberikan impak ketara, pemain berusia 27 tahun berkenaan dijangka mampu membawa kelainan buat skuad bimbingan Unai Emery yang terus bersaing dalam Liga Juara-Juara UEFA (UCL) ketika ini.

Jika pemain terbabit kembali ke prestasi terbaik, terdapat kemungkinan dia akan meninggalkan Manchester United secara kekal dengan kelab-kelab di England mahupun sekitar Eropah masih meminati khidmatnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram