
PENGURUS Manchester United, Ruben Amorim meletakkan jawatannya dalam kedudukan bahaya sekiranya Marcus Rashford kembali membuktikan kemampuan bersama Aston Villa pada baki saingan musim ini.
Rashford meninggalkan Old Trafford selepas melengkapkan perpindahan secara pinjaman ke Villa Park sehingga hujung musim ini selepas tersisih daripada skuad sejak Amorim mengambil alih jawatan berkenaan.
Selepas membuat 426 penampilan bersama The Red Devils sejak 2016, ini adalah kali pertama pemain itu menyarung jersi pasukan lain, namun memberinya peluang untuk membuktikan semula kemampuan selepas gagal meraih kepercayaan Amorim.
BACA LAGI: [VIDEO] Hasrat tengok 3 bintang baharu, fasiliti CCM curi tumpuan fans JDT sebelum beradu tenaga
BACA LAGI: JDT mampu pergi jauh di ACLE andai pemain tepat jadi taruhan — Legenda Selangor
"Ruben Amorim seakan-akan sudah kehilangan idea ketika ini untuk mengubah nasib United. Beliau berdepan tekanan yang tinggi. Apa yang dilakukan terhadap Rashford agak mengejutkan,” kata pengulas bola sepak England, Paul Merson.
Tambahnya, dia percaya Rashford kini sudah tidak sabar untuk membuktikan bahawa tindakan Amorim 'membekukannya' daripada skuad United adalah kesilapan besar dan kebangkitannya bakal meletakkan pengurus itu dalam masalah.
"Rashford diterima dengan baik oleh pengurus dan peminat Villa. Dia akan membuktikan bahawa kritikan dan kecaman yang dilemparkan oleh Amorim silap. Dia menanggung malu apabila Amorim menganggap jurulatih penjaga gol United lebih layak berada dalam skuad.
"Saya fikir Rashford akan kembali bangkit, ia akan menjadi detik sukar buat Amorim terutama jika United terus bergelut dengan prestasi dan penyerang itu pula kembali membuktikan kemampuan,” jelasnya.
Jelasnya, sekiranya Rashford mampu menghasilkan 10 gol bersama Villa pada baki saingan musim ini, ia akan meletakkan Amorim dalam situasi yang sukar dan bakal berdepan kritikan hebat kerana kegagalannya mengendalikan pemain itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram