Gembira di tempat lain, Sancho anggap Rashford sudah 'bebas' meskipun dua-dua masih pemain Man United


  • Podium
  • Isnin, 10 Feb 2025

Rashford kini beraksi bersama Aston Villa, sementara Sancho pula dipinjamkan ke Chelsea.

PEMAIN sayap England, Jadon Sancho seolah-olah meluahkan perasaan gembira dan rasa kebebasan dalam ruangan komen pada Instagram peribadi Marcus Rashford selepas kedua-duanya dipinjamkan Manchester United.

Sancho meninggalkan komen ringkas 'freedom' (bebas) pada gambar penyerang Manchester United, Rashford yang kini beraksi bersama Aston Villa, sementara Sancho pula dipinjamkan ke Chelsea.

Dalam hantaran tersebut, Rashford mengungkapkan terima kasih atas sambutan dan persembahan hebat selepas menjadi salah satu pemain yang membantu Aston Villa menang 2-1 ke atas Tottenham Hotspur pada pusingan keempat Piala FA Inggeris pada Isnin.

BACA LAGI: Peluang 50-50 kembali beraksi, katanya misteri kehilangan Hong Wan angkara kecederaan luar padang

BACA LAGI: Beraksi lebih baik, Nelson San Martin janji terus bantu skuad muda Sang Kenari

Sancho

Tangkap layar hantaran di laman Instagram Rashford.

Menariknya hantaran tersebut, rakan sepasukannya di Man United, Sancho sempat meninggalkan satu komen ringkas yang cukup bermakna.

"Freedom," kata Sancho pada ruangan komen Instagram Rashford meskipun kedua-dua pemain itu masih bergelar pemain The Red Devils.

Walaupun komen tersebut ringkas, namun ia membawa makna yang mendalam menunjukkan bahawa kedua-dua pemain itu kini merasa lebih bebas dan gembira dengan situasi mereka.

Difahamkan, mereka mungkin merasa lebih dihargai serta diberi lebih peluang bermain bersama kelab pinjaman masing-masing.

Komen 'freedom' itu menggambarkan bahawa mereka kini mempunyai peluang yang lebih cerah untuk beraksi secara regular, sekali gus memberi ruang untuk perkembangan karier mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram