
PELBAGAI aksi menarik dapat disaksikan dalam pusingan awal Piala FA sepanjang hujung minggu lalu tatkala kebanyakan pasukan pilihan seperti Chelsea dan Liverpool ditunjukkan jalan keluar.
Namun, bagi peminat di negara Eropah berkenaan, aksi yang kurang diberi perhatian masih asyik untuk disaksikan, termasuk pertemuan antara dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Cardiff City dan Stoke City.
Perlawanan itu menyajikan aksi mendebarkan kerana barisan serangan kedua-dua pasukan berada di tahap terbaik sehingga mengheretkan aksi ke penentuan sepakan penalti setelah pertembungan terikat 3-3 selepas 120 minit.
BACA LAGI: Tulang belakang Man Utd label pemain degil punca tewas di Villa Park
BACA LAGI: Gerrard puji melambung Coutinho, tetap 'menghantui' Man United
Ramsey dikesan membuat usikan terhadap penyokong tuan rumah.
Bagaimanapun, nasib jelas memihak kepada Cardiff City yang hadir sebagai pelawat apabila mereka mengesahkan kemaraan berikutan kemenangan dengan keputusan 4-2.
Drama dalam perlawanan berkenaan tidak terhenti di situ kerana ketika kedua-dua pasukan meninggalkan padang, penyokong tuan rumah sempat mengusik bintang pihak lawan, Aaron Ramsey.
Berdasarkan video tular di media sosial, rata-rata peminat Stoke City menjadikan bekas bintang Arsenal itu sebagai sasaran kerana lebih 15 tahun lalu, sebuah insiden hangat melibatkannya di stadium terbabit.
Dalam aksi EPL musim 2009/10, kaki kanan pemain terbabit patah akibat mengalami terjahan keras daripada kapten The Potteries, Ryan Shawcross sehingga memaksanya berehat selama lapan bulan.
Malah, tempoh yang menyaksikannya tersisih terpaksa dilanjutkan untuk beberapa bulan kerana pihak pengurusan Arsenal ketika itu tidak mahu meletakkan risiko terhadap kesihatannya di atas padang.
Momen mengerikan itu jelas masih segar dalam ingatan penyokong Stoke City FC sehingga hari ini apabila mereka masih sempat melakukan usikan terhadap Ramsey yang meninggalkan The Gunners pada 2019.
Kenangan terbabit juga tidak dilupakan pemain berusia 34 tahun terbabit yang juga tidak terkecuali membalas usikan kerana dia didapati tersenyum dan melambai terhadap penyokong tuan rumah.
Pemain tengah itu pasti mahu meneruskan rentak dalam Piala FA bersama pasukannya itu dengan pengalaman menjuarai kejohanan tersebut sebanyak tiga kali semasa bersama Arsenal. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram