
ARSENAL jelas mempunyai kekurangan dalam skuad mereka apabila tidak ada penyerang tajam untuk menyudahkan setiap peluang sehingga terpaksa bergantung harapan kepada taktikal sepakan penjuru bagi memburu gol.
Sebelum ini, mereka bergantung harap kepada Bukayo Saka untuk menyudahkan segala peluang. Tetapi, dengan kecederaan dialaminya, harapan disandarkan kepada Kai Havertz namun hasilnya tidak begitu baik.
Pengendali Arsenal, Mikel Arteta harus berbuat sesuatu dengan mencari penyerang tulen untuk memastikan The Gunners menyudahkan segala peluang terhidang, sekali gus mengakhir taktikal sepakan penjuru.
BACA LAGI: Arteta persalahkan mutu bangku simpanan Arsenal punca cicir mata berdepan Aston Villa
BACA LAGI: Berjaya 'sailang' Liverpool, Arsenal ikat Martin Zubimendi
Satu nama yang menjadi sasaran adalah penyerang Aston Villa iaitu Ollie Watkins. Pemain itu dilaporkan diburu Arsenal walaupun Villa dilihat tidak begitu berminat melepaskan pemain tersebut.
Tetapi bagi Arteta, dia masih yakin dapat membawa Watkins, yang merupakan penyokong Arsenal sejak kecil ke Emirates Stadium sebelum jendela perpindahan Januari tamat.
Watkins (kiri) menjaringkan gol ketika menentang Arsenal. — Facebook/Aston Villa
"Saya amat yakin dengan usaha dilakukan pihak kelab dan kami sedang meneroka segala peluang yang ada.
"Kami mempunyai cita-cita dan tujuan untuk membantu pasukan, menyokong skuad untuk menjadi lebih baik dan menamatkan musim dengan cemerlang. Kami sedang aktif berbuat demikian (mendapatkan pemain baharu)," kata Arteta.
Demi mendapatkan penyerang berkualiti, Arteta sanggup menolak ke tepi soal umur pemain tersebut. Sebelum ini, pengurus itu dilihat gemar untuk mendapatkan pemain muda.
Sebagai perbandingan, penyerang antarabangsa England itu berusia 29 tahun dan berada di fasa kemuncak kariernya.
"Kami tidak melihat perkara tersebut semasa mencari pemain di pasaran. Kami melihat apa yang kami ada dalam skuad, apa yang kurang dan siapa yang kami rasa berpotensi untuk buatkan kami menjadi lebih baik.
"Tidak kira berapa umurnya atau apa pun latar belakangnya, kami mahu pemain yang kami percaya boleh menjadi bagus buat kami," jelas Arteta. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram