Khabar Pawi meninggal dunia, ketibaan legenda JDT antara 'hoax' menimpa kem Terengganu


  • Podium
  • Isnin, 10 Feb 2025

Safawi antara mangsa berita palsu yang tersebar di media sosial.

ENTAH macam mana, Terengganu FC pada musim ini sering menjadi sasaran kepada berita palsu.

Sepanjang musim ini, beberapa kali kem Terengganu menerima dikaitkan dengan berita palsu hinggakan ia menyebabkan kemarahan salah seorang pemain dan kelab perlu memberikan respons terhadap khabar angin tersebut.

Majoriti melihat kepada tiga berita palsu paling kerap berlegar di media sosial berkaitan Terengganu akibat tindakan pihak tak bertanggungjawab.

BACA LAGI: Terengganu nafi khabar angin Tomislav Steinbruckner meninggal dunia

BACA LAGI: 'Takda idea, gila publisiti', Safawi Rasid mahu saman berita fitnah kononnya meninggal dunia

Pemergian Tomislav Steinbruckner

Pada awal musim, penyokong Terengganu dihimpit dengan khabar angin mengatakan bekas pengendali, Tomislav Steinbruckner meninggal dunia.

Kejadian pada Julai 2024 itu kemudiannya memaksa Pengarah Sukan Terengganu, Zul Fadli Rozi untuk menjelaskan kepada penyokong yang maklumat tersebar bukannya fakta sebaliknya berita palsu untuk menggangu fokus kelab.

2782987

Steinbruckner pernah difitnah katanya sudah meninggal dunia.

Sebaliknya, Steinbruckner ketika itu sedang sibuk mensiapkan skuad Terengganu untuk berdepan Sabah FC dalam suku akhir Piala FA yang dimenangi mereka 7-0 menerusi agregat.

Hingga kini, Steinbruckner masih lagi hidup cuma dia tidak lagi mengendalikan Terengganu selepas meninggalkan kelab itu pada Oktober.

Ketibaan bintang JDT

Satu lagi khabar angin yang kerap dikaitkan dengan Terengganu musim ini adalah kelab Pantai Timur itu mengikat bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) iaitu Leandro Velazquez.

Musim ini, Terengganu memang ada mendapatkan dua pemain dari JDT iaitu Safawi Rasid dan Akhyar Rashid. Akhyar kemudiannya berjaya diikat secara tetap sehingga 2026/2027.

2463385 (1)

Terengganu tidak pernah mendapatkan Velazquez dari JDT.

Namun begitu, berita mengenai ketibaan Velazquez dianggap palsu kerana sehingga kini tiada sebarang pengumuman rasmi daripada Terengganu yang mereka mengikat pemain itu.

Mahal, hingga kini, Velazquez masih tidak mempunyai kelab selepas dia meninggalkan JDT pada Januari 2024.

Safawi Rasid meninggal dunia

Selain Steinbruckner, pemain sayap, Safawi Rasid turut tidak ketinggalan daripada menjadi mangsa berita palsu mengenai status kematiannya.

Safawi adalah mangsa terbaharu kepada berita tersebut dengan pemain Harimau Malaya itu dikatakan sudah pergi sedangkan dia sibuk beraksi dalam pelbagai perlawanan untuk Terengganu.

3156520

Tangkap layar menunjukkan kemarahan Safawi terhadap berita palsu mengenainya tersebar. — Instagram/@safawirasid29

Terengganu tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan perkara tersebut namun berita itu meraih perhatian Safawi sendiri.

Safawi secara terbuka mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan berita palsu mengenai dirinya dengan ingin menyaman mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram