'Takda idea, gila publisiti', Safawi Rasid mahu saman berita fitnah kononnya meninggal dunia


  • Podium
  • Jumaat, 07 Feb 2025

Safawi bertindak untuk menyaman individu yang menyebarkan fitnah kononnya dia sudah meninggal dunia dan gagal ujian doping.

PEMAIN sayap Terengganu FC, Muhammad Safawi Rasid menganggap tindakan beberapa individu tidak bertanggungjawab membuat penyebaran berita palsu dengan mendakwa dia meninggal dunia dianggap perkara yang melampau.

Bintang berusia 28 tahun itu berasakan dakwaan kononnya dia sudah meninggal merupakan fitnah yang melampau.

Menerusi laman Instagram miliknya, Safawi memuat naik semula laman web berita kematiannya itu dan tidak teragak-agak untuk menyaman portal berkenaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Belum beli rumah di Santos, Neymar ulang-alik 'training' 500km guna helikopter

BACA LAGI: Pengarah sukan Napoli dedah punca utama perpindahan Alejandro Garnacho terbatal

"Fitnah melampau. Tak baik buat cerita ni. Gila publisiti. Tunggu saman. Takda idea. Teruk news."

Main Pix - 1

Tangkap layar posting dimuat naik oleh Safawi berkenaan fitnah kematiannya itu.

Portal yang tular itu turut mengeluarkan cerita kononnya pemain berusia 28 tahun itu telah digantung daripada semua aktiviti sukan selepas didapati positif dalam ujian doping.

Sebelum ini, Safawi dan isterinya, Syifa Melvin turut menjadi mangsa buli siber apabila seorang pengguna media sosial mencalarkan hati pasangan berkenaan kerana anak mereka yang berusia kira-kira setahun disamakan dengan perkara tidak senonoh.

Kecewa akan perkara tersebut, Safawi kemudiannya tampil memberi respons dengan mengatakan tindakan akan diambil terhadap dalang yang hanya berselindung di sebalik akaun palsu tersebut.

"Saya cari sampai dapat, kau tunggu," tulis pemain pinjaman Terengganu FC itu sebagai tanda bahawa keluarganya akan mencari jalan untuk mengesan individu tidak bertanggungjawab berkenaan.

Meskipun proses menjejak pihak tersebut sukar dilakukan, kerjasama daripada pelbagai agensi sudah tentu akan diambil bagi mengenal pasti sesiapa yang melakukan penghinaan sedemikian.

Tindakan melakukan penghinaan sedemikian tidak sepatutnya dilakukan terhadap mana-mana pihak tanpa mengira latar belakang kerana ia akan memberi kesan terhadap keluarga dan kenalan mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram