
MASA depan pemain sayap Liverpool, Mohamed Salah masih lagi menjadi tanda tanya.
Hingga kini, tiada perkembangan positif didengari oleh penyokong The Reds apabila Salah terus berasakan dirinya semakin jauh daripada Anfield.
Dakwaan Salah itu mungkin ada benarnya. Hal ini kerana, Salah dijangka akan membawa dirinya ke Timur Tengah dan berkumpul bersama bekas rakan sepasukan seperti Sadio Mane dan Roberto Firmino di liga yang sama.
BACA LAGI: [VIDEO] Curtis Jones minta maaf, tiru gaya keraian Salah lepas anggap Hazard pemain lebih baik
BACA LAGI: 'Memang special', Slot puji melambung Salah, silap-silap kekal di Liverpool
Salah dianggap pengganti ideal kepada Neymar. — Facebook/Liverpool FC
Nama Salah menjadi sebutan untuk dibawa ke Arab Saudi bagi menyertai kelab utamanya iaitu Al-Hilal. Memetik laporan di England, Salah disebut sebagai calon menggantikan Neymar yang menamatkan kontraknya dengan kelab itu.
Pemain antarabangsa Mesir itu sudah menjadi sasaran kelab-kelab di Arab Saudi sejak dari dulu dan Al-Hilal cuba mendapatkan peluang menyambarnya memandangkan kontrak Salah bersama Liverpool akan berakhir musim ini.
Al-Hilal amat memerlukan Salah bagi menguatkan jentera serangan yang sudah diterajui bekas penyerang Newcastle United, Aleksandar Mitrovic menjelang Piala Dunia Kelab FIFA yang akan diadakan pada pertengahan tahun.
Perpindahan tersebut akan menyaksikan Al-Hilal mendapatkan Salah sebagai pengganti terus (direct replacement) kepada Neymar yang pulang semula ke negara asalnya, Brazil untuk menyertai Santos.
Neymar sebelum ini hanya bermain tujuh perlawanan untuk Al-Hilal sebelum mengalami kecederaan panjang. Dia hanya menjaringkan satu gol untuk kelab itu sebelum kontraknya ditamatkan atas persetujuan bersama.
Salah sebelum ini pernah menjadi sasaran seteru Al-Hilal iaitu Al-Ittihad dengan kelab itu pernah membida sebanyak £150 juta (RM820 juta) pada 2023 sebelum ditolak Liverpool. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram