
SELEPAS 11 tahun tidak menghiasi pentas final Piala Malaysia, Sri Pahang akhirnya mengesahkan tiket ke pusingan akhir selepas menewaskan Sabah FC dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Temerloh, Pahang pada Ahad.
Kredit wajar diberikan kepada para pemain yang sudah bertungkus-lumus members nasib skuad Pantai Timur berkenaan. Ibrahim Manusi antara pemain yang menerima pujian menggunung dalam kalangan peminat bola sepak Tok Gajah.
Ibrahim sebelumnya merupakan pemain tetap pasukan Pahang II dalam saingan Piala MFL dan berkat prestasinya, dia berhasil diserap menjadi tonggak tetap untuk Gajah dalam lima perlawanan terakhir.
BACA LAGI: Bersinar di Piala Malaysia, saham 3 bintang lokal termasuk 'star' JDT melonjak naik
BACA LAGI: 'Next' Arif Aiman, duo 'homegrown kid' Sri Pahang antara 4 tonggak muda menyinar aksi Piala Malaysia
Pemain berusia 23 tahun itu mengukuhkan lagi reputasinya sebagai salah seorang tonggak tengah yang perlu diberi perhatian selepas mempamerkan aksi berkualiti tinggi pada separuh akhir Piala Malaysia menentang Sabah.
Di sebalik ketenangannya dalam membantu bahagian tengah skuad Tok Gajah, anak jati Pahang berkenaan rupanya pernah diuji apabila ayahnya terpaksa melalui pembedahan.
Ibrahim (kiri) sebelum ini merupakan tonggak utama skuad Pahang ketika kempen Sukma 2022. — Facebook/SriPahang
Menurut bekas pelajar Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) itu, Sri Pahang telah berada di saat sukarnya itu dengan membantu pembedahan ayahnya.
“Sebab Sri Pahang dah tolong aku. Sri Pahang bantu pembedahana ayah aku. Ayah aku pembedahan perut,” katanya memetik video yang dimuat naik oleh laman penyokong Tok Gajah, Hogoh Pahang Hogoh.
Kisahnya bersama Sri Pahang itu pasti menjadi asbab Ibrahim masih dan berkemungkinan akan kekal menyarung jersi skuad Tok Gajah walaupun ramai pemantau bakat sedang memerhatinya.
Selepas ini, khidmat Ibrahim akan digunakan Tok Gajah dalam perlawanan final Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram