NSL 2025: Johor Jewels lakar kemenangan hatrik, Perak Phoenix bangkit kutip 3 mata pertama


  • Podium
  • Sabtu, 08 Feb 2025

Johor Jewels mencatatkan kemenangan hatrik pada perlawanan minggu kedua. — Netball Super League

NAIB juara Netball Super League 2024 (NSL 2024), Perak Phoenix mudah menewaskan Pahang Tulips dengan keputusan 59-39 sekali gus memberikan pasukan pelawat tiga mata pertama selepas tewas dua perlawanan.

Pengendali Phoenix, Fairul Fauziema membariskan Khairunnisa sebagai GS ternyata tidak mengecewakan apabila mereka mengutip tiga mata berharga untuk meletakkan diri sebaris Selangor Angels dan Terengganu Marvels.

Dalam perlawanan itu, Phoenix dilihat mendahului sepanjang permainan yang memberikan kelebihan buat mereka dengan pemain import dari Uganda, Nanfuka Stella memenangi WOTM.

BACA LAGI: [VIDEO] NSL 2025: Kecederaan 2 tonggak tak halang Selangor Angels raih kemenangan pertama

BACA LAGI: [VIDEO] Bekas tonggak Kedah Sunshine sanggup kerja lebih bantu Terengganu Marvels di NSL

Juara bertahan, Johor Jewels pula mudah menewaskan Terengganu Marvels yang memulakan kempen NSL dengan langkah kanan pada minggu lalu.

Jewels terus mencatatkan kemenangan hatrik bagi perlawanan minggu kedua dengan keputusan 60-37 selepas An Najwa mengetuai barisan serangan skuad kendalian Tracey Robinson.

Masuk suku ketiga, gandingan pemain import Afrika Selatan, Adri Sheila dan An Najwa memberikan Jewels terus garang apabila mendahului dengan keputusan 44-31.

Kemenangan Jewels itu terus memperkukuhkan pendapat penyokong yang berpendapat Johor Jewels akan memburu gelaran hatrik biarpun tidak melakukan rombakan besar-besaran seperti pasukan lain.

Kedua-dua perlawanan berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram