
KELANTAN DARUL NAIM FC (KDN FC) pastinya mahu bangkit selepas kekalahan 0-7 dengan Perak FC apabila menyambut kedatangan Penang FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan dalam saingan Liga Super pada Jumaat (7 Februari).
Hasrat KDN FC itu ternyata disekat oleh Penang apabila skuad bimbingan Wan Rohaimi Wan Ismail menjaringkan gol seawal minit ke-22 hasil lipatan gunting Rodrigo Dias.
Kijang Emas yang dibarisi lapan pemain Bawah-23 Tahun melakukan kebangkitan menerusi jaringan Muhammad Syahir Rashid pada minit ke-33 hasil sepakan leret luar kotak penalti.
BACA LAGI: Sejak kecil tak percaya dirinya putera raja, Jordi Amat akhirnya faham mesej nenek lepas sertai JDT
BACA LAGI: [VIDEO] Ramadhan Saifullah hero Kuching City, fans Perak kritik taktikal 'parking' bas YCL
Namun ubi muda KDN FC tidak bertahan lama apabila Nik Akif Syahiran menjaringkan gol voli pada minit ke-43 selepas menerima hantaran Dylan Wenzel-Halls.
Keputusan kekal 1-2 dengan KDN FC itu ketinggalan dalam misi mereka untuk kembali bangkit daripada kekalahan lalu.
Bersambung babak kedua, Penang terus bertindak garang apabila Dias menjaringkan gol menerusi sepakan voli hasil hantaran rakan sepasukan pada minit ke-63 permainan.
KDN yang turun tanpa tonggak import terus diasak pasukan pelawat apabila terjahan keras pemain muda mereka memberi ruang buat Rodrigo menjaringkan hatrik menerusi sepakan penalti.
Sebelum tamat perlawanan, Dylan Wenzel-Halls dan Dias turut memberikan penderitaan buat KDN untuk membantu Penang mengutip tiga mata penuh.
Keputusan tamat 6-1 dengan Penang pasukan kedua yang membelasah KDN selepas Perak pada 26 Januari lalu.
Melihat persembahan anak-anak buah Wan Rohaimi, penyokong Penang memuji dengan keputusan jaringan ke atas KDN FC itu.
"Ini baharu boleh bagi pujian, tahniah semua pemain Penang FC dan juga Rodrigo Dias. Kalau skor macam ini kami pun tak marah," kata Afiz Nurshazaf.
"Minggu depan lawan Kuching City di stadium keramat kita harap boleh 'maintain' macam ini, kalau Dias ada lagi aura Bergson tak perlu cari penyerang lain dah," jelas Muhammad Fariz.
"Kami sayang Dias," luah Emy Lan.
"Sambung kontrak Dias lagi empat tahun," luah Penang Brotherhood. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram