[VIDEO] Tindakan 'passing' Haqimi Azim buat fans geleng kepala, mula bandingkan dengan pemain Eropah


  • Podium
  • Jumaat, 07 Feb 2025

Tangkap layar video hantara Haqimi sebelum Kenny berang dengan tindakan pemain muda itu.

SELEPAS Terengganu FC (TFC), kini giliran Kuala Lumpur City FC (KL City) pula yang terpaksa berputih mata apabila tewas di tangan kelab gergasi Thailand, Buriram United dengan keputusan 0-1 sekali gus terkeluar daripada saingan Piala Shopee pada Khamis (6 Februari).

Jaringan tunggal Lucas Crispim pada minit ke-37 berjaya menendang keluar anak-anak buah Miroslav Kuljanac yang terpaksa turun tanpa kudrat Paulo Josue yang digantung akibat layangan kad merah dalam perlawanan terdahulu.

Keputusan itu mungkin sudah dijangka oleh penyokong tempatan yang mengetahui rekod baik Buriram United dalam saingan ACLE dan kejohanan domestik.

BACA LAGI: [VIDEO] Belum beli rumah di Santos, Neymar ulang-alik 'training' 500km guna helikopter

BACA LAGI: 'Takda idea, gila publisiti', Safawi Rasid mahu saman berita fitnah kononnya meninggal dunia

Namun apa yang tidak dijangka oleh penyokong tempatan apabila melihat hantaran yang dilakukan oleh pemain meningkat naik, Haqimi Azim sehingga mengundang kemarahan rakan sepasukan lain.

Dalam KL City sedang membina serangan untuk menyamakan kedudukan, Haqimi telah melakukan hantaran yang sia-sia meskipun Kenny Pallraj sedang berlari ke arah benteng pertahanan lawan.

Berang dengan hantaran 'kelaut' Haqimi, Kenny tidak teragak-agak menunjukkan reaksi marah apabila bertindak menendang angin dan menjerit kekecewaan.

Selain itu, Ivan Motika juga turut mempersoalkan 'vision' hantaran yang dilakukan pemain berusia 22 tahun tersebut.

Melihat kepada tindakan Haqimi itu, rata-rata penyokong bola sepak mula membandingkan kualiti pemain tempatan dengan Eropah yang mana dilihat lebih peka akan situasi semasa.

Seorang pengguna, Nadai Nama juga turut mengkritik tindakan Haqimi yang dilihat seperti tidak pernah melakukan latihan bersama rakan sepasukan.

"Macam tak pernah pergi training, dari segi mental dan vision dah boleh agak dah setakat mana tahap pemain Malaysia. Passing bola pun tak cerdik, selepas itu sibuk nak Harimau Malaya cuma pemain anak jati," katanya.

Selain itu, Faizal Jalil pula menambah dengan mendakwa ramai pemain Malaysia tidak mempunyai 'football' IQ yang bagus seperti di Eropah.

"Pemain Malaysia tak ramai yang ada football IQ yang bagus," jelasnya.

Atiiq Azman turut bersetuju dengan kenyataan Faizal dengan bercadang agar IQ football perlu diterapkan pada usia muda seperti bintang meningkat naik FC Barcelona, Lamine Yamal.

"IQ football pemain kita memang tahap rendah, sepatutnya yang itu (IQ football) diterapkan dulu pada usia muda. Tengok Lamine Yamal, budak itu punya decision making tak macam umur 17 tahun. Ini bukan soal skil, ini soal main guna otak dan benda itu perlu training daripada kecil," ujarnya.

Untuk rekod, KL City akan bertemu Terengganu untuk saingan Liga Super pada 14 Februari sebelum terbang ke Likas bagi menghadapi cabaran Sabah FC seminggu selepas itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram