
PEMINAT sukan bola jaring tanah air kembali ceria apabila Netball Super League (NSL) 2025 sudah memulakan musim baharu di Stadium Juara, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Edisi keempat itu akan menyaksikan lapan pasukan iaitu Johor Jewels, KL Wildcats, Selangor Angels, Perak Phoenix, Negeri Sembilan Venom, Pahang Tulips, Terengganu Marvel, dan Putrajaya Dynamites bersaing merebut gelaran juara.
Aksi pembuka NSL 2025 menyaksikan Terengganu Marvels memulakan langkah kanan selepas merekodkan kemenangan 69-38 dalam aksi menentang Negeri Sembilan Venom pada Sabtu.
BACA LAGI: Kehadiran 15 bintang import 7 negara hangatkan NSL 2025
BACA LAGI: Bola jaring: Peserta sulung lelaki antara 200 peserta hadir memeriahkan Klinik NSL 2025
Keputusan dengan jurang besar itu jelas menunjukkan pasukan berpangkalan di Pantai Timur itu menawarkan permainan berbeza dengan kali ini mereka menerima khidmat Izyan Syazana selaku tonggak utama.
Pasukan kendalian Siti Nor Farhana Muatafa itu menampilkan permainan berbeza dengan jurulatih itu berhasil menunjukkan aksi agresif dari Izyan selaku gol attack (GA) atau penyerang gol untuk Marvels.
Bercakap mengenai peranannya dalam perlawanan berkenaan, bekas tonggak Kedah Sunshine itu aksi berusaha lebih untuk membantu Terengganu pada musim kali ini.
“Saya sangat berbangga dipilih untuk bermain dengan Terengganu Marvels. Ini permainan lain dari pasukan sebelum ini. Saya sebelum ini dari Kedah Sunshine. Alhamdulillah saya bangga dengan apa yang dipertonjolkan hari ini.
“Sejujurnya kita mula dari tahun lepas bulan September. Saya ini ada kerja hakiki tapi untuk bermain di peringkat ini, saya terpaksa lebihkan latihan untuk NSL,” katanya video dimuat naik Netball Super League di laman Facebook.
Selain Izyan, Marvels juga meletakkan tanggungjawab kepada Matilda Vokea selaku penyerang (GS) dalam memastikan Terengganu meraih kemenangan pertama. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram