
JUARA sedekad Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta'zim (JDT) begitu serius mahu melangkah lebih jauh dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini selepas mendapatkan tiga bintang baharu Sepanyol.
Tiga pemain itu ialah Alvaro Gonzalez, Roque Mesa dan Jonathan Viera yang sudah pun diumumkan secara rasmi oleh JDT pada Selasa (4 Februari) lalu.
Namun di sebalik perpindahan tiga pemain itu ke Harimau Selatan, Alvaro pernah terlibat dengan satu kontroversi pergaduhan bersama bintang dunia, Neymar da Silva semasa dia menyarung jersi Olympique de Marseille pada 2020.
BACA LAGI: [VIDEO] Dikhabarkan sertai JDT, Jonathan Viera pernah berhenti main bola sepak demi isteri tercinta
Pergaduhan itu berlaku pada hujung perlawanan Ligue 1 antara Paris Saint-Germain (PSG) menentang Marseille yang mana pasukan Alvaro sedang mendahului aksi derbi 'Le Classique' dengan keputusan 1-0 di Stadium Parc des Prices.
Tindakan Neymar yang menolak Alvaro pada babak-babak akhir perlawanan mencetuskan kemarahan pemain baharu JDT itu sebelum bintang Brazil tersebut mendakwa bek Sepanyol itu telah melontarkan kata-kata rasis kepadanya.
Neymar juga dilayangkan kad merah kerana kekasarannya terhadap Alvaro, malah pemain Brazil itu juga dikesan menampar belakang kepala pemain baharu JDT sehingga menyebabkan terjatuh di atas padang.
Selepas berjalan keluar padang, Neymar merungut kepada pegawai keempat, menjelaskan bahawa dia bertindak sedemikian kerana satu komen perkauman yang telah dibuat.
Tamat perlawanan tersebut, Alvaro tampil mempertahankan dirinya Neymar, menuduh pemain pertahanan Marseille itu mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.
Ini kerana Neymar memuat naik ciapan di Twitter (kini dikenali X), pada mulanya berkata: "Saya hanya menyesal kerana tidak menumbuknya di muka."
Dia kemudian menambah: "VAR mengesan 'serangan' saya dengan mudah. Sekarang saya mahu ia menunjukkan imej perkauman apabila saya dipanggil 'monyet'..., itu yang saya mahu lihat! Dan kemudian? Saya lakukan rainbow flick, dan dihukum. Saya tampar seseorang, (tapi) saya dibuang padang. Bagaimana pula dengan mereka? Apa tindakan yang akan diambil?"
Tampil mempertahankan tuduhan Neymar, Alvaro menegaskan bahawa tiada tempat untuk perkauman dan berpendapat bahawa PSG hanya tidak dapat menerima kekalahan.
"Tiada tempat untuk perkauman.
"Kerjaya saya bersih dan saya mempunyai ramai rakan sepasukan serta sahabat setiap hari. Kadangkala kita perlu belajar untuk menerima kekalahan dan menerimanya di atas padang. Tiga mata yang luar biasa hari ini. Allez l'OM. Terima kasih keluarga."
Untuk info, perlawanan yang dimenangi Marseille 1-0 di Paris itu berakhir dengan kontroversi apabila lima pemain dibuang padang semasa masa kecederaan separuh masa kedua.
Dario Benedetto, Leandro Paredes, Jordan Amavi dan Layvin Kurzawa semuanya dibuang padang selepas pergaduhan besar, diikuti Neymar selepas VAR mengesan dia menampar belakang kepala Alvaro. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram