
PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam usaha bagi mengatur aksi jelajah pramusim di Arab Saudi.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Tunku Mahkota Ismail selepas melihat pencapaian demi pencapaian hebat diraih oleh Harimau Selatan di kancah domestik mahupun antarabangsa.
Melihat kehebatan JDT itu, seorang penyokong mencadangkan kepada Tunku Mahkota Ismail agar skuad Harimau Selatan menguji kekuatan bersama kelab-kelab di Arab Saudi.
BACA LAGI: [VIDEO] Lepas 3 tahun, Kpah Sherman masih kempunan tunjuk 'taring' aksi final lawan JDT
BACA LAGI: Selangor patut bersaing di pentas akhir Piala Malaysia, bukannya final Piala Cabaran — Ramon Marcote
Cadangan tersebut telah disambut baik oleh Tunku Mahkota Ismail yang menjelaskan aksi pramusim ke Arab Saudi berada dalam perancangan pengurusan kelab JDT.
"(Pramusim ke Arab Saudi) memang dah ada dalam perancangan,” balas Tunku Mahkota Ismail kepada cadangan individu tersebut.
Melihat JDT sedang merangka aksi jelajah pramusim di Arab Saudi, Majoriti senaraikan tiga pasukan ideal jadi lawan Harimau Selatan di bumi Riyadh nanti.
1. Neom SC
Walaupun Neom SC hanya beraksi di liga divisyen kedua Saudi, namun pasukan itu mempunyai kualiti serupa dengan kelab-kelab yang bersaing dalam Saudi Pro League (SPL).
Jendela perpindahan Januari ini, Neom telah membawa masuk bekas bintang West Ham United, Said Benrahma daripada kelab Perancis, Olympique Lyonnais ia sekali gus memberi petanda bahawa kelab itu serius dalam memperkuat pasukan mereka.
Neom juga sedang menduduki tangga teratas liga apabila memenangi 11 perlawanan dalam 18 aksi terakhir.
Selain Benrahma antara pemain bintang dimiliki Neom ialah Ahmed Hegazy yang pernah beraksi bersama West Brom dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
2. Al Orobah
Kedudukan Al Orobah di SPL musim ini tidaklah begitu memberangsangkan selepas mengalami 12 kekalahan dalam 18 perlawanan terakhir liga.
Namun begitu, kedudukan mereka tidak menggambarkan kualiti bintang yang dimiliki mereka.
Ia kerana Al Orobah mempunyai bekas pemain FC Barcelona, Cristian Tello sebagai senjata utama pasukan musim ini.
Selain Tello, Al Orobah turut mempunyai bekas pemain-pemain EPL seperti Kurt Zouma (West Ham United), Johann Berg Gudmundsson (Burnley) dan Jean Michael Seri (Fulham).
3. Al Nassr
Mungkin sukar untuk kita melihat perlawanan antara Al Nassr dan JDT berlaku dalam pramusim kerana pihak pengurusan kelab Cristiano Ronaldo itu pastinya memilih kelab-kelab Eropah untuk uji cuba.
Namun hubungan Ronaldo dan Tunku Mahkota Ismail pastinya boleh mempengaruhi Al Nassr untuk membenarkan perlawanan itu berlaku.
Selain itu, hubungan import baharu JDT, Alvaro Gonzalez bersama Al Nassr juga boleh menjadi penyebab aksi bekas kelabnya itu bertemu Harimau Selatan direalisasikan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram