Park Tae-su rendah diri, mohon maaf gagal bantu Sabah FC tamatkan penantian 22 tahun


  • Podium
  • Selasa, 04 Feb 2025

Tae-su tampil merendah diri memohon maaf dalam Instagram miliknya. — Sabah FC

KAPTEN Sabah FC, Park Tae-su memohon maaf kepada seluruh penyokong Sang Badak selepas gagal membantu gergasi Borneo itu mara ke pentas akhir Piala Malaysia 2024/25 susulan kekalahan di tangan Sri Pahang FC pada Ahad (2 Februari) lalu.

Selepas dilemparkan segala kritikan, Tae-su tampil merendah diri memohon maaf dalam Instagram miliknya.

Pemain berusia 36 tahun itu menjaringkan gol sendiri dalam perlawanan tersebut yang menyaksikan pasukannya tewas dengan keputusan 1-2 sekali gus kalah secara agregat 2-3 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Pahang.

BACA LAGI: Misi sekat BG Pathum United makin sukar, lepas Ivan Mamut, TFC hilang khidmat Alif Zakaria

BACA LAGI: [VIDEO] Dikhabarkan sertai JDT, Jonathan Viera pernah berhenti main bola sepak demi isteri tercinta

Mohon maaf

Tae-su memohon maaf selepas gagal membantu Sabah layak beraksi di pentas final Piala Malaysia.

"Saya memohon maaf kepada semua peminat bola sepak Sabah. Saya rasa ramai yang kecewa terhadap saya."

Tae-su juga berjanji untuk terus memperbaiki permainan dan menerima segala kritikan dengan hati terbuka.

"Saya menerima semua kritikan dan saya akan berusaha untuk meningkatkan prestasi saya. Terima kasih banyak semua."

Untuk info, kegagalan Sabah untuk mara ke final Piala Malaysia itu meneruskan penantian 22 tahun Sang Badak untuk berada di pentas akhir selepas kali terakhir pada 2003.

Sebelum ini, Majoriti melaporkan tentang luahan segelintir penyokong Sabah yang mahu pihak pengurusan menukar pengendali lebih berpengalaman bagi menggantikan Martin Stano.

Stano dilantik menjadi pengendali Sabah pada 10 Disember lalu bagi menggantikan Kim Swee yang menyertai Persis Solo di Indonesia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram