Pemilihan pemain, taktik Ruben Amorim tak masuk akal — Julien Laurens


  • Podium
  • Selasa, 04 Feb 2025

Laurens menyifatkan kekalahan United di tangan Crystal Palace berpunca daripada taktikal Amorim. — Agensi

PUNDIT bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), Julien Laurens, melabelkan Ruben Amorim sebagai 'tidak masuk akal' atas kekalahan terbaharu Manchester United di tangan Crystal Palace baru-baru ini.

Amorim membuat keputusan berani untuk tidak meletakkan penyerang dalam perlawanan United menentang Crystal Palace.

Sebaliknya, dia meletakkan Kobbie Mainoo untuk beraksi di posisi serangan sepanjang perlawanan meskipun pemain muda itu bukanlah penyerang tulen.

BACA LAGI: [VIDEO] Baru nak 'passing' bola, lelaki meraung kaki 'terlipat' kena 'tackle' kasar atas padang turf bersimen

BACA LAGI: Park Tae-su rendah diri, mohon maaf gagal bantu Sabah FC tamatkan penantian 22 tahun

Perkara itu berlaku meskipun Alejandro Garnacho dan Bruno Fernandes yang pernah bermain sebagai posisi 'false nine' turut berada di atas padang.

Penyerang bernilai lebih £100 juta (RM552 juta), Joshua Zirkzee dan Rasmus Hojlund, hanya bermain selama 30 minit setiap seorang dari bangku simpanan.

Sepanjang perlawanan itu United hanya berjaya melakukan dua percubaan tepat ke sasaran dan tewas 0-2.

Laurens menyalahkan keputusan Amorim atas kekalahan United sekali gus The Red Devils terperosok di tangga ke-13 liga.

"Pemilihan pemain dalam pasukan dan taktik Ruben Amorim hari ini (2 Februari) benar-benar tidak masuk akal, seperti yang kami jelaskan di BBC Radio 5 Live dalam Premier League Sunday.

"Kekalahan itu lebih berpunca daripada dia (Amorim) berbanding perkara lain!" katanya di X.

Susulan itu, Laurens turut mencadangkan bahawa salah satu pemain baharu United sedang menunjukkan perkembangan positif. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram