[VIDEO] Baru nak 'passing' bola, lelaki meraung kaki 'terlipat' kena 'tackle' kasar atas padang turf bersimen


  • Podium
  • Selasa, 04 Feb 2025

Tangkap layar video mangsa menjerit kesakitan selepas kakinya patah akibat pelanggaran dengan pihak lawan.

KECEDERAAN dalam mana-mana sukan bukanlah sesuatu yang diminta apabila ia boleh mendatangkan kesan jangka panjang dan mengambil masa lebih lama untuk pulih.

Namun begitu, tiada siapa yang tahu apa akan terjadi apatah lagi apabila ia melibatkan sukan yang melibatkan sentuhan fizikal.

Baru-baru ini tular di media sosial sekumpulan rakan-rakan sedang berseronok bermain bola sepak enam sebelah sebelum kejadian ngeri menimpa salah seorang daripada mereka.

BACA LAGI: Park Tae-su rendah diri, mohon maaf gagal bantu Sabah FC tamatkan penantian 22 tahun

BACA LAGI: Misi sekat BG Pathum United makin sukar, lepas Ivan Mamut, TFC hilang khidmat Alif Zakaria

Menerusi video yang dikongsikan oleh Deden Andre di Facebook, salah seorang pemain sedang berlari sebelum terjatuh yang mengakibat kakinya patah akibat kesan daripada pelanggaran dengan pihak lawan.

Situasi yang berlaku itu menyebabkan rakan-rakan sepasukan lain tidak sanggup untuk melihat nasib malang yang berlaku kepada pemain tersebut.

Mangsa juga kelihatan terkejut dengan apa yang berlaku kepada kakinya sambil menjerit menahan kesakitan kesan daripada pelanggaran tersebut.

Rata-rata pengguna media sosial yang melihat video itu tidak sanggup untuk mendengar rintihan pemain itu.

"Tak kuat wei menangis," kata Zul Azri Hashim.

"Terkulai kaki dia, tamatlah karier atau hobi bola selepas ini," ujar Allen Nuing II.

"Bahaya main padang turf sebab bawah simen," jelas Mikha Iskandar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram